Thursday 4 June 2015

Menguap

Bercakap tentang menguap, semua orang pasti menguap, kecuali insan mulia kekasih Allah S.W.T iaitu rasulullah S.A.W. Walaupun rasulullah tidak pernah meguap dan berdengkur, namun  rasulullah mengajarkan kita adab menguap..Mulianya rasulullah sehinggakan apa-apa yang berkaitan dengan rasulullah turut dimuliakan Allah termasuk kita sebagai umat rasulullah S.A.W..Oleh itu bersyukurlah kita menjadi umat baginda rasul dan perbanyakkan selawat ke atas rasulullah mudah-mudahan mendapat syafaat daripada rasulullah kelak.

Hukum menguap menjadi wajib apabila seseorang itu akan jatuh sakit apabila dia tidak menguap. Menguap menjadi haram apabila kita sengaja menguap dengan nada yang kuat bertujuan umtuk menghalau penceramah atau guru dalam sesebuah majlis ilmu. Menguap menjadi makruh apabila kita tidak menjaga adab semasa menguap iaitu tidak menutup mulut, atau mengeluarkan  nada yang kuat di khalayak ramai semasa menguap. Menguap menjadi sunat apabila kita menutup mulut semasa menguap bertujuan menghalang syaitan daripada masuk ke ke dalam mulut kita.

Daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara, contohilah rasulullah iaitu contoh teladan yang terbaik. Sesungguhnya banyak hikmah yang kita dapat daripada sunah rasulullah yang banyak membantu kita dalam kelancaran kehidupan seharian kita. Letaklah nama anak-anakmu dengan nama 'Muhammad' In shaa Allah kamu akan mendapat syafaat daripada rasulullah kelak.



                                

Friday 29 May 2015

Puasa

  Mengikut kalendar, dalam 20 hari lagi kita nak menyambut ramadhan..Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat dunia, "Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan Kareem.Dalam banyak-banyak bulan, bulan ramadhan adalah bulan yang paling istimewa sebab dalam bulan ramadhan lah berlaku peristiwa israk dan mikraj.

  Oleh itu kita hendaklah menyambut baik bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan ibadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH. Seperti yang kita sedia maklum pahala nya berlipat ganda pada bulan ramadhan ini..rugilah sekiranya kita bazirkan peluang yang dianugerahkan oleh Allah ini, kerana dalam setahun hanya ada satu bulan sahaja bulan ramadhan..Mungkin ramadhan tahun 2015 ini ramadhan terakhir bagi kita..Oleh itu hendaklah kita manfaatkan peluang yang ada ini sebaik mungkin.



Telefon

  Tidak dinafikan bahawa telefon banyak memberi faedah kepada dunia kita hari ini..Tidak lain tidak bukan lagi telefon dapat menjimatkan masa kita dalam menguruskan kehidupan kita hari ini..Namun, saban hari kita semakin disibukkan oleh telefon sehinggakan terlupa pada perkara penting..Manusia menyalah gunakan telefon menyebabkan telefon memberi impak yang sangat buruk kepda intstitusi kekeluargaan seterusnya memusnahkan pembangunan modal insan hari ini.

  Kadang-kadang telefon juga boleh menyebabkan berlakunya kes penceraian..seperti yang kita sedia maklum kes penceraian di Malaysia semakin meningkat..Kajian menyatakan bahawa statistik kes penceraian iaitu setiap 15 minit ada satu pasangan bercerai..Kajian juga menyatakan bahawa 80% wanita melihat telefon lebih seksi daripada suaminya..ini bermakna golongan wanita lebih tertarik pada telefon berbanding kepada suaminya.

  Melalui telefon, isteri boleh bercinta dengan lelaki lain, anak-anak boleh terjebak dengan kancah maksiat.Pabila berlaku hal seperti ini, nescaya sesebuah keluarga tidak akan harmoni lagi. Telefon menyebabkan jarak antara suami isteri.Mana tidaknya kalau masing-masing sibuk melayan telefon masing-masing, di meja makan telefon, dalam kereta telefon, di mana-mana dengan telefon je. Mana tak renggangnya hubungan kalau amalan seperti ini diterapkan.

  Telefon boleh menjauhkan yang dekat, dan mendekatkan yang jauh..mendekatkan yang jauh bermaksud kita boleh berhubung dengan menggunakan telefon walaupun berada pada jarak  yang jauh manakala menjauhkankan  yang dekat bermaksud walaupun kita berada bersama, namun kemesraan dibatasi kerana masing-masing sibuk melayani telefon masing-masing.Oleh itu, gunakan telefon berpada-pada jangan sampai melupai dunia.





 

Akhirnya

  Akhirnya..aku berjaya tamatkan pembacaan buku yang aku pinjam dari PTSL..Buku ni berjudul Cukup Hanya Allah karya Ustaz Kazim Elias.Banyak pengajaran yang aku dapat daripada pembacaan ilmiah ini.Sangat sesuai dan tepat bagi aku yang baru ingin berjinak-jinak dalam mendalami ilmu Allah ini.

  Lagi banyak kita mempelajari ilmu, lagi kita sedar diri kita yang diri ini amatlah jahil..Ilmu Allah itu amat luas.Tugas kita ialah mencari ilmu tersebut, mencari reda Allah.Sayu hati aku apabila membaca kisah rasulullah SAW.Betapa besarnya pengorbanan rasulullah dalam mnyebarkan Islam.Betapa sayangnya baginda pada kita sehinggakan pada akhir hayat baginda, baginda ingin menanggung siksa sakaratulmaut seluruh umat-Nya kerana tidak sanggup membiarkan kita menanggung siksa tersebut.

  Tapi kita hari ini, nak berselawat ke atas rasulullah pun susah..Tidak sedarkah kita betapa besarnya kasih sayang rasulullah pada kita..baginda menjanjikan syafaat pada mereka yang berselawat kepada kepada baginda di akhirat kelak..Sesiapa yang ingin mendapatkan syafaat rasulullah hendaklah selalu membaca Quran.Tiada contoh sebaik dan seindah rasulullah.Amalkan lah sunnah rasulullah, sebagai tanda yang kita sentiasa megingati baginda.

  Bau peluh rasulullah seharum kasturi, sehinggakan para sahabat berebut untuk menadah peluh baginda dan tiada wangian seharum haruman peluh rasulullah SAW.Tangan rasullah sangat lembut selembut sutera.Para sahabat berkata bahawa tiada wajah seindah rasulullah wajah baginda bercahaya, tiada senyuman semanis senyuman rasulullah. Rasulullah sangat mementingkan kebersihan.Oleh itu kita perlulah mencontohi rasulullah contohnya memotong kuku pada hari jumaat dengan memotong pada jari telunjuk terlebih dahulu.

Perginya seorang kekasih ALLAH.



Monday 25 May 2015

Sabar

Seringkali kita dengar, sabar itu indah..Ya, betul tu..Allah sayang orang yang sabar..Setiap kali kita diuji dengan masalah atau kejadian yang tidak kita sangkakan, Allah tak minta kita selesaikan masalah tersebut segera..Allah hanya suruh kita bersabar..tak rugi pun kalau kita banyak bersabar..setiap kali diuji, ia mengajarkan kita erti kesabaran..

Layakkah kita mengharapkan syurga Allah tanpa diuji??sama sekali tidak..Sedangkan rasulullah saw banyak diuji sebab itulah baginda ialah orang pertama masuk syurga..jika dibandingkan dengan ujian kita hari ini, dengan ujian rasulullah suatu ketika dahulu, ujian kita ini hanyalah sedikit sangat.

Kasih sayang Allah itu amat luas dan tidak terbatas..Kalau kita cintakan Allah, sudah pasti cinta kita akan berbalas, namun jika kita cintakan manusia, belum tentu mereka membalas cinta kita..tidak ada yang lebih menyayangi diri kita sepertimana Allah menyayangi diri kita..kita sendiri pun tidak menyayangi diri kita sendiri seumpama Allah menyayangi kita.

Kasih sayang manusia amatlah terbatas..mungkin sekarang mereka sayang akan kita, tapi sayang sekarang bukan bermakna sayang selamanya..oleh itu, jangan mengharapkan cinta manusia yang tidak pernah sempurna.

hayati video yang menyentuh hati ini..hikmah sabar dalam kehidupan.


Pembentangan Power Point

Hari yang mendebarkan telah pun dilalui. Alhamdulillah, kami set 2 telah pun melepasi projek berkumpulan ini dengan tenangnya..aku bersyukur kerana di pelopori oleh ahli kumpulan yang hebat-hebat seperti shafika dan nisa..Mereka banyak mengajar aku..mereka juga memberi komitmen yang amat tinggi dalam menjayakan projek ini.

Pada hari pembentangan tersebut, aku amat kagum dengan persembahan-persembahan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan yang amat hebat..walaupun hampir seharian berada dalam bilik tayangan tersebut, aku sedikit pun tidak berasa boring ketika menyaksikan persembahan daripada set 2..Idea-idea mereka amatlah wooww dan fresh..sesungguhnya mereka mempunyai bakat yang amat hebat.

Setelah selesai sahaja pembentangan power point, aku ingat aku boleh menarik nafas lega kerana tiada lagi projek dan aku mahu fokus untuk menghadapi final,.namun itu hanya sangkaan ku sahaja, ada satu lagi perbentangan yang harus aku hadapi malam ini..lumrah kehidupan di universiti yang penuh dengan pembentangan, dan aku sedar aku tak bagus dalam membentang..namun aku tidak boleh lari dari realiti, aku harus tempuhinya dengan kekuatan daripada Allah SWT.


Wednesday 20 May 2015

Lab Test

Minggu ini, tema berkisarkan LAB TEST..pada pendapat aku, aku lebih yakin pada lab test 2 daripada lab test 1 kerana walaupun aku baru mengenali access tu time aku masuk ukm ni, tapi aku rasa ia lebih mudah daripada microsoft excell dan words. Aku sangat berdebar bila sir cakap ada yang dapat rendah.

Dalam lab test 1, aku sangat tak cukup masa..aku tak guna masa sebaik mungkin semasa lab test 1..format surat rasmi pun aku buat tidak lengkap sebab aku tertinggal tarikh..aku kecewa dengan lab test 1..kecewa dengan diri sendiri. Nota kaki amat penting untuk dirujuk ketika berlaku kegawatan semasa lab test.

Tetapi nasib baik la dengan lab test 2 aku lebih yakin yang markah aku lebih baik dalam lab test 2..Aku harap aku dapat menebus kesilapan aku dalam lab test 1 melalui lab test 2. Semasa lab test 2, masa sangat cukup, bahkan lebih masa lagi dan aku sangat suka dengan lab test 2.. Sir ajar dengan jelas walaupun tu kali pertama aku kenal access tetapi aku rasa access best!




Andai Syurga dan Neraka Tidak Ada

Andai syurga dan neraka tidak ada..masihkah ada manusia yang bersujud kepada Allah?? Tajuk ni dipetik dari buku karya Muhammad Hassan Basri..Dalam buku ini aku sangat tertarik dengan Hadis yang menyatakan orang miskin masuk syurga setengah hari lebih awal daripada orang kaya. Walau bagaimanpun kita perlu tahu yang ukuran setengah hari di akhirat bersamaan dengan 500 tahun di dunia..Jadi bersyukurlah kalau kita miskin..Apa yang ditakdirkan Allah hendaklah kita terima dengan ikhlas dan reda.Tetapi jangan pula kita tidak mahu berusaha dan selalu meminta-minta kerana jika sekali kita meminta padahal kita mampu, maka tertutuplah satu pintu rezeki kepada kita.

Seterusnya, aku juga tertarik dengan kisah di mana rasulullah bertanyakan perbandingan antara madu, mangkuk cantik tempat meletakkan madu dan rambut yang terlekat pada madu..bila part anaknya siti fatimah dia berpendapat bahawa mangkuk yang cantik itu ibarat wanita yang berperibadi mulia manakala madu tersebut seperti wanita yang manis apabila menutup aurat dan untuk menjaga aurat wanita tersebut daripada terlihat kepada bukan muhrimnya tidaklah sesenang menarik rambut yang berada dalam madu tersebut. Oleh kerana iman manusia yang selalu naik dan turun, maka kita hendaklah menjaga iman sebaik mungkin dengan melakukan amal ibadat secara konsisiten.

Selain itu, kisah seekor lalat dengan syurga..Apa kaitan lalat dengan syurga ni?? Imam Ghazali sedang menulis kitab di depan pelita biliknya..tiba-tiba dia terlihat seekor lalat sedang meminum dakwat di dalam sebuah bekas..Imam Ghazali membiarkan lalat tersebut terus meminum dakwatnya kerana lalat itu kelihatan sungguh dahaga..selepas ia meminum dakwat tersebut, Imam Ghazali pun mengeluarkan nya perlahan-lahan daripada bekas tersebut. Apabila Allah bertanya tahukah engkau apakah yang menyebabkan engkau masuk syurga..

Imam Ghazali menjawab adakah kerana solatku, zakatku, ilmu ku..dan Allah menidakkan semuanya,.Apa yang menyebabkan Imam Ghazali masuk syurga adalah kebaikan Imam membantu seekor lalat tersebut. Hal ini jelas bahawa kalau nak di bandingkan dengan amalan kita untuk masuk syurga sudah pasti tidak cukup.Kita masuk syurga denagn rahmat Allah..Jadi carilah kasih sayang tersebut dengan selalu mendekatkan diri kepada-Nya.


Wednesday 13 May 2015

Cinta

Setiap orang bercinta, namun bukan semua orang tahu apa erti cinta..cinta sering kali dikaitkan dengan kasih sayang, pengorbanan, dan perasaan di mana kita ingin membahagiakan pasangan kita..semua orang berbeza caranya untuk menzahirkan perasaan cinta tersebut...

Namun, hati-hati dalam bercinta..bercinta disini ialah cinta tanpa ikatan yang sah.Semua orang yang mempunyai jiwa, merasa cinta..tak kiralah cinta pada apa sekalipun..banyak perbatasan yang harus dijaga bila bercinta..oleh itu sesiapa yang tidak boleh mejaganya, jangan bercinta..

Cinta yang dilaknat Allah ialah cinta antara lelaki dan lekaki atau perempuan dengan perempuan..Kita sering mendengar Rasulullah sendiri membenci golongan ini sehinggakan Rasulullah tidak akan mengaku umatnya yang mana bercinta sejenis.

Cinta yang dimurkai Allah pula ialah mencintai orang yang tidak sepatutnya dicintai. Golongan ini ialah golongan yang bercinta dengan isteri orang. Hal ini boleh menyebabkan berlaku penceraian dan perlu kita ingat perkara yang halal tapi sangat dibenci Allah ialah cerai. Oleh itu, jangan kita gegarkan Arasy Allah dengan meningkatkan kes cerai di Malaysia.

Kisah cinta antara Rasullah dan Saidatina Aisyah amat lah suci dan kita seharusnya mencontohi perjalanan cinta antara mereka. Tiada contoh yang paling baik selain Rasulullah S.A.W.

Namun cinta yang kekal dan abadi ialah cinta pada Allah dan Rasul-Nya..dalam kesibukan mengejar cinta manusia jangan pernah lupa pada cinta yang harus diutamakan dalam hidup kita iaitu cinta pada Allah dan Rasul-Nya. Tiada lagi cita-cita yang paling besar selain ingin masuk syurga.

Siput

Bila kita dikaitkan dengan perkataan 'siput' pastinya terbayang sesuatu yang lambat, lembab...yelah siput..tengokla macam mana dia gerak.



Tapi ini ada satu siput laut yang boleh  telan ikan buntal..terlihat di sini yang kekuatan seseorang tidak bergantung pada saiz, kuasa dan kelebihan  yang mereka miliki..dalam dunia ni Allah kurniakan kekurangan pada seorang dan kurniakan kelebihan pada yang lain nya untuk kita melengkapi antara satu sama lain..jangan pernah merasa sempurna kerana manusia tidak akan pernah sempurna. Namun kita hendaklah mencari kesempurnaan dan cuba untuk jadi semurna.

Sebab itulah Allah meletakkan jodoh seseorang berdasarkan prinsip  perbebezaan untuk memberi peluang pada manusia untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Begitu indahnya Allah ciptakan Adam untuk Hawa namun masih ada lagi manusia yang tidak segan-segan untuk melanggar perintah Allah dengan berpasangan dengan yang sejenisnya..lembu jantan yang bodo tu pun kalau nak mengawan dia cari lembu betina..tapi manusia yang ada akal boleh pulak bercinta antara sejenis.. sekarang ni lembu ke manusia yang bodo?

Bila bercakap tentang siput ia mengingat kan aku tentang kambing kesayangan aku yang diberi nama siput..arwah ayah aku letak nama siput sebab telinga dia kecik macam siput..siput sangat istimewa bagi aku kerana dia sangat manja,,setiap pagi dia akan menunggu kami bagi dia susu dan dia akan melompat bila nampak botol susu dia..siput ni dia suka berkawan dengan manusia..setiap hari kerja dia tunggu orang lalu depan umah aku dan dia akan kejar orang tu then dia akan patah balik dan kejar motor lain pulak. itulah siput, kambing paling special yang pernah hadir dalam hidup aku.

Wednesday 6 May 2015

Mengumpat

Hari ni aku mendengar ceramah berkaitan dosa mengumpat..gerun sungguh aku mendengar penjelasan daripada ustaz kazim berkaitan dengan dosa mengumpat ni..mengumpat ni ada banyak jenis..pertama mengumpat dengan mulut..mengumpat dengan mulut ni iaitu memberitahu kebaikan atau keburukan seseorang tu kepada orang lain tanpa pengetahuan orang yang di umpat..mengumpat jenis ini adalah yang paling bahaya.

Tanpa kita sedari kita telah menzalimi diri kita sendiri dengan seonok mengumpat..mengumpat ni seronok, tapi buruk padahnya..dosa mengumpat ni tidak akan terhapus jika kita hanya meminta ampun dengan Allah sahaja..kita sendiri perlu meminta maaf daripada orang yang telah kita umpat dan dosa itu akan terhapus jika dia memaafkan kita..

Mengumpat yang kedua ialah dengan menggunakan jari..saya sangat takut jika ada terngumpat tentang orang lain bila saya menulis di laman sosial..ini adalah sangat bahaya..jari kita sendiri akan mengaku bersalah di akhirat nanti ketika di soal..azab orang yang mengumpat ialah seperti memakan daging saudaranya sendiri..subhanallah..moga-moga kita dijauhi daripada dosa yang kita tidak sedari ni..jangan hairan jika orang yang banyak amal ibadatnya, tetapi bankrup di akhirat kelak kerana mengumpat yaini amal ibadatnya akan dberikan kepada orang yang diumpat tersebut..

Selain itu, mengumpat yang kita selalu buat dan sangat sukar untuk dielak iaitu mengumpat dalam hati..mengumpat jenis ini tidak perlu kita meminta maaf kepada orang yang diumpat, tetapi hanya sekadar beristighfar agar dosa kita di ampun dan hati kita suci daripada berkata buruk kepada orang lain..Semoga kita dujauhi daripada dosa mengumpat ini..Amin.



10

Assalamualaikum..

10 doa harian dalam rumi untuk sama-sama kita amalkan.

Bismillah hirrohma nirrohim..

1. Doa masuk tandas
 - Allah humma inni a'uzubika minal kubusi wal khoba is.

2. Doa keluar tandas
- Alhamdulillah hillazi azhaba anni wa'afani.

3.Doa memandang cermin
- Allah humma kama ahsanta khulki fa ahsin khuluki warizki

4. Doa naik kenderaan
- Subhanallazi sakhkharalana haza wamakunna lahu muqrinin wa inna ila rabbina lamunqalibun.

5. Doa memakai baju
- Allahumma inni as aluka min khoirihi wakhoiri ma hualahu wa a'uzubika min syarrihi wa syarrima     hua lahu.

6. Doa untuk antibiotik diri ( doa nabi Ayyub ketika sakit )
- Wa ayyub iznada robbahu anni  massani yaddhur waanta arhamurrohimin.

7. Doa untuk murah rezeki
- Inna haza larizkuna ma lahu minnafad.

8. Doa dipermudahkan urusan
- La ila ha illa anta subhanaka inni kuntum minazzolimin.

9. Doa dijauhi daripada hasutan syaitan
- Allah humma inni a'uzubika minas syaitonirojim min hamzihi wanafsihi wanakihi.

10. Doa dijauhkan dari api neraka
- Allahumma ajjirna minannar.

Monday 27 April 2015

Bersyukur






Bersyukur bukan hanya pada perkataan yaitu dengan mengucapkan 'Alhamdulillah'..rasa syukur juga hendaklah di tunjukkan dengan perbuatan..apa bukti kita bersyukur dengan tubuh badan yang sihat yang dikurniakan ini??kalau solat yang wajib 5 waktu itu pun kita tidak dapat sempurnakan..Aku tanya diri sendiri..apa bukti apaa??

Jika kita ditimpa musibah banjir contohnya yang berlaku di bumi kelantan, terengganu dan pahang baru-baru ini..kita harus bersyukur kita masih lagi diberi nyawa untuk bertaubat. Cuba kita lihat di negara lain yang berlaku banjir pasti ramai yang terkorban..di Malaysia bila banjir, sampah-sampah, barang-barang yang terapung bergelimpangan, tapi di negara lain mayat-mayat yang bergelimpangan..masih tidak bersyukur lagi kah kita hidup di bumi Malaysia ini??

Jika kita rabun, kita harus bersyukur kita boleh lagi melihat dunia..Jika kita buta juga kita harus bersyukur sekurang-kurangnya kita dijauhi daripada zina mata..jika kita diberi mata, belum tentu kita dapat menahan diri kita untuk melihat benda-benda maksiat..apa-apa pun yang ditakdirkan Allah kepada kita, itulah yang terbaik untuk kita..Bersangka baiklah dengan Allah.

Lambat

Lambat..pastinya ada rasa yang kurang enak bila kita di situasi kita sedang lambat..lambat bangun pagi, terlepas exam, terlepas temuduga dan paling teruk terlepas waktu subuh atau apa-apa benda penting yang kita rasa gelabah sangat..haa pasti semua orang pernah rasa lambat kan.normal lah normal..tapi semestinya lepas kita di situasi tersebut lepas kita dah kena sekali pasti kita ambik pengajaran la lepas tu. Itu namanya belajar dari kesilapan.

Namun dalam kita menempuhi realiti sebenar kehidupan, jangan rasa kita telah terlambat untuk bertaubat selagi roh kita belum terpisah daripada jasad..bertaubatlah seawal mungkin kerana kita tidak pernah tahu bila tuhan akan menjemput kita..selalu lah kita ingat bahawa "ajalmu tidak menunggu taubat mu"..lebih baik pernah, daripada tidak langsung.Jika terdetik dalam hati kita sekarang untuk bertaubat, segeralah bertaubat..

Sering kita dengar bahawa tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan..Menyedari hakikat ini, jika hari-hari kita boleh buat silap, maka haruslah kita hari-hari bertaubat..jangan pernah rasa kita lambat,mahukah Allah ampunkan kita, jangan persoalkannya sebelum kita lakukannya terlebih dahulu..Allah maha pengampun, maha penyayang Allah sayang orang yang bertaubat..kita sebagai hamba haruslah bertubat dengan bersungguh-sungguh semoga Allah menerima taubat kita semua.

Inshaa Allah.

Wednesday 22 April 2015

Berbeza

Setiap daripada kita diciptakan berbeza..perbezaan bukan salah satu sebab untuk kita sesama manusia mencipta pergaduhan..perbezaan amatlah unik kalau kita menghayatinya..kalau semua manusia diciptakan dengan kelebihan, kekuragan yang sama sahaja, pasti hidup ini tidak diwarnai dengan warna warni kemeriahan kepelbagaian.

Cuba bayangkan jika Allah menciptakan semua manusia kaya, pasti semua orang tidak mahu bekerja, tiada yang menuntut di ipt, semua orang menumpukan pada barangan yang mewah sahaja, pasti tiada keunikan dalam kehidupan..Sebab itulah Allah menciptakan kita dengan pelbagai paras rupa, warna kulit, agama, pangkat, jantina, personaliti kelebihan dan kekurangan yang berbeza-beza.

Kita sering mendengar lirik lagi nasyid daripada raihan yang berbunyi " iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa" disini terlihat bahawa jika kita seorang ustaz, tidak mustahil anak kita nanti berperangai tidak seperti ustaz tanpa didikan yang betul daripada ayah itu sendiri..kerana iman tidak akan dibentuk dengan kedudukan, iman boleh dibentuk dengan didikan dan contoh teladan yag baik. Jika kita telah mendidik kita dengan baik, namun anak kita tetap berperangai kurang baik maka itu adalah ujian bagi kita kerana manusia diciptakan berbeza.

Dalam setiap ujian dan cabaran hidup yang kita tempuhi, ingatlah Allah menguji kita bukan kerana Allah tidak sayang kita, Allah sayang kita..Allah rindu kita..Allah nak dengar rintihan kita..mungkin selama ni kita  terlalu leka dengan dunia sehingga meremehkan akhirat..Allah ingin menyedarkan kita agar kita tidak terus terjunam ke dalam lombong kejahilan.Allah sayang orang yang bertaubat.

Fantasi

Fantasi?? apa itu fantasi..adakah ia angan-angan?? angan-angan yang tidak akan jadi kenyataan..atau sebuah kisah dongeng yang tidak akan pernah menjadi realiti..seperti insan biasa..aku ingin bahagia..eh-eh ternyanyi lah pulak..haha. nak cakap kat sini yang aku pun punyai anagan-angan yang tidak mungkin aku kecapi.

Apa angan-angan aku?? Apa yang aku fikirkan dalam otak aku sekarang ni ialah satu-satu nya angan-angan bodoh yang aku ada iaitu aku ingin menjadi sailormoon..kenapa aku ingin jadi sailormoon?? sebab aku nak ada kuasa bulan..haha..boleh la aku lepak kat bulan nanti..waa bestnya..dan aku boleh tolong orang dengan kuasa yang aku ada..syoknya kalau dapat jadi betul-betul..tapi sayang itu hanya fantasi..sailormoon pun tak wujud.

Oleh itu, berdirilah dalam dunia nyata..aku hanya pelajar ijazah sarjana muda dalam jurusan ekonomi yang sedang menuntut di universiti kebangsaan malaysia dengan harapan dapat gradute dengan cemerlang dan dikurniakan rezeki untuk merealisasikan impian ibuku yang ingin menunaikan umrah bersama ku dengan gaji pertamaku.Aku tak kisah aku dapat kerja apa pun nanti, sebab seperti yang kita tahu peluang pekerjaan amat terhad dalam dunia hari ini..Oleh itu, bersyukur, reda dan pasrah itu yang terbaik.


Normal

Apa itu normal??  adakah kita berasa normal dengan hidup sekarang..apa yang kita rasa bila kita memperhatikan orang sekeliling..apa yang kita rasa bila kita melihat pada orang yang lebih senang dan kaya daripada kita?? pasti terdetik di hati kita rasa cemburu dan rasa ingin berada di tempat mereka..itulah yang saya rasa..kita tidak akan pernah rasa bahagia bila kita tidak merasa cukup dengan apa yang kita ada sekarang,bila kita tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan..

Bila kita kaya, ingat!!bukan semua kekayaan tersebut hak kita..ada rezeki orang lain dalam rezeki kita yang harus kita bahagikan kepada orang lain..semakin kaya kita, semakin besar tangunggjawab yang harus kita galas..Dalam peristiwa israk dan mikraj, Rasulullah melihat ramai orang miskin masuk syurga..tergambar disitu besarnya tangunggjawab jika kita menjadi orang yang berharta..apa guna ada harta tapi kedekut sedangkan tu semua hanya pinjaman.

Bila kita miskin, ingat!! ada yang lagi miskin daripada kita..jika kita makan nasi dengan budu, ingat ada yang makan nasi kosong sahaja dan bila kita makan nasi kosong saja, ingat ada yang tidak makan nasi langsung..oleh itu hendaklah kita terdetik di hati kita rasa syukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita..Rasulullah pernah mengikat perutnya dengan batu kerana ingin menahan lapar..tapi kita makan nasi yang kurang enak sedikit saja sudah merungut..

Apa-apa pun kedudukan kita dalam dunia ini itulah yang terbaik buat kita..Adakala kita menyukai sesuatu sedangkan ia tidak baik untuk kita dan adakalanya kita tidak menyukai sesuatu sedangkan ia baik untuk kita..what ever it is "La Tahzan innallah maa'ana" jangan bersedih kerna Allah sentiasa bersama kita".


Realiti

Dalam mengejar kesibukan dunia..kita harus sedar akan realiti sebenar kita hidup..tiada tujuan yang lain kita hidup di dunia ini melainkan untuk beribadat ibadat kepada Allah..dalam apa-apa jua kita buat, dalam apa-apa jua pekerjaan, di mana-mana kita berada sekalipun kita harus ingat kita buat semua tu hanya kerana Allah..

Semua sudah dirasa dalam hidup ini..pahit, manis, gembira, sedih..pelbagai pengalaman yang kita rasai sepanjang kita hidup di atas dunia ini..apa yang belum dirasa, namun tiap makhluk akan merasainya tidak lain tidak bukan iaitu mati..pengalaman yang akan dirasai oleh semua makhluk, namun pengalaman tersebut tidak akan dapat diceritakan sepertimana pengalaman lain.

Realiti yang harus kita terima dalam hidup ini salah satunya ialah wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.Dan apabila kita telah melalukan yang terbaik namun ditakdirkan kita mendapat jodoh yang kurang baik, itu adalah ujian bagi kita. Hadapi ujian dengan kemanisan..kita harus ingat, Allah tak kan menguji hambanya di luar kemampuan kita.

Tiada manusia yang sempurna..Dalam 24jam kita bernafas, pasti ada dosa yang kita lakukan tidak kira besar atau kecil, sedar atau tidak sedar kita tetap melakukan dosa..Oleh itu, tugas kita ialah untuk selalu bertaubat kepada-Nya dan mengharapkan Allah menerima taubat kita. Sesungguhnya Allah sayang pada orang yang bertaubat..taubat membuka pintu rezeki, memberi ketenanagan juga mendekatkan kita pada jodoh Inshaa Allah.

Sekadar coretan..*aku tak pernah sempurna




Friday 3 April 2015

Meraih Cinta Mu

Ya ALLAH Ya TUHANku..
Aku  berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan
Jadikanlah ilmuku boleh memimpin diriku dan orang lain

Ya ALLAH Ya TUHANku..
Aku mohon pada-Mu jiwa yang tenang dan tenteram
Yang percaya pada pertemuan dengan-Mu
Dan redha atas segala keputusan-Mu
Usahlah KAU palingkan hatiku setelah KAU tunjuki
Dan berilah rahmat-Mu kerana KAU adalah yang Maha Pemberi

Ya ALLAH Ya TUHANku..
Kukuhkanlah imanku dari kemungkinan terpesong
Berilah aku petunjuk dari jalan yang sesat
Jadikan lah sebaik-baik umurku pada penghujungnya
Dan sebaik-baiknya amalku pada penghujung akhirnya
Dan sebaik-baik hariku adalah pada saat aku menemui-MU
Amin Ya Rabbalalamin..

By : Datuk Ustaz Kazim Bin Hj Elias

Peraturan

Semua hal mempunyai peraturan..dari kecil hingga lah dewasa kita hidup dalam peraturan..seperti mana di waktu kecil kita dipakaikan lampin pakai buang oleh ibubapa kita , ia juga merupakan satu peraturan..dan apabila peraturan itu tidak diikut, maka perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Seperti mana di fitrahkan kita sebagai manusia kita hidup dengan penuh peraturan..24 jam dalam sehari kita dipenuhi dengan peraturan..apa pun pangkat kita, kita tidak boleh lari dari peraturan.tanpa peraturan , hidup kita tidak teratur..

Peraturan membentuk diri kita supaya lebih berdisiplin..apa-apa pun peraturan yang baik, haruslah diikuti tanpa memberi sebarang alasan..sepertimana solat 5 waktu yaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isya'..mempunyai masa-masa yang tertentu yang harus kita laksanakan tepat pada masanya,, kita boleh datang awal ke kelas, tapi berapa ramai yg boleh solat awal.tepuk dada tanya diri sendiri.

Setinggi mana pangkat kita, seramai mana kawan kita, sejauh mana orang menghormati kita, tapi kita kena ingat, kita adalah hamba Allah..sujudlah selagi engkau berdahi..dan itulah tugas seorang hamba.rasulullah berpesan, kata-kata mu adalah sia-sia selain 3 perkara iaitu berkata untuk mengajak orang untuk berbuat kebaikan, kedua berkata untuk menghalang orang buat jahat dan ketiga mengingati Allah dengan berzikir.

Setakat ini dahulu coretan saya, kata-kata terakhir daripada sy, jaga Allah, maka Allah akan menjagamu. Terima kasih kepada yang sudi membaca.

Monday 30 March 2015

Basiska 5

Basiska.. pening jugak masuk program ni..last program ni baru aku tahu tujuan basiska yang sebenar adalah untuk membawa pelajar mendekati masyarakat kampung..yang sertai program ni rata-rata orang bandar..tapi aku pun asal kampung..basiska dibuat di bagan serai,perak..aku tak pernah pergi perak..ini kali pertama la aku pergi perak.

Kami duduk dekat umah mak dan ayah angkat di sana..dalam satu rumah tu ada 3 orang..aku bersyukur sangat dapat mak angkat yang baik dan rajin macam mak ani..selama 4 hari 3 malam kami di sana mak ani layan kami dengan baik..dia selalu masak, petang-petang minum teh dengan dia, tengah hari makan buah-buahan dengan dia, aku dah rindu saat tu.

Antara aktiviti masa basiska ialah senaman pagi, rewang, malam kebudayaan, sukaneka, dan pergi melawat tempat pemprosesan arang..terlalu banyak aktiviti sampai tak sempat nak luangkan masa dengan keluarga angkat..yang dapat aku tengok daripada penduduk di sana, mereka ada semangat bekerjasama yang kuat..dalam buat apa-apa pun mereka selalu bekerjasama.

Mak ani ada 3 orang anak..yang sulong cikgu, yang tengah cikgu, dan yang last tu sama umur ngan aku..tapi dia oku, mengidap sindrom down..nama dia aidil..mak ani jaga aidil macam menatang minyak yang penuh..aidil rajin, dia selalu menulis..semoga syura balasan pada mak ani kerana reda dengan ketentuan Allah..

Tiba-tiba tersentuh bila masa kami nak balik tu mak ani sempat lagi bekalkan puding..menitis air mata aku masa bersalam dengan mak ani dan mak ani pun turut menitiskan air mata..aku harap aku dapat jumpa lagi dengan mak ani dan keluarga suatu hari nanti. selamat hari ibu, memang hari ni bukan hari ibu, tapi bagi aku hari-hari adalah hari ibu..hargailah ibu kerana disitulah syurga atau neraka dan di situlah reda atau murka Allah.

Tangunggjawab

Selamat pagi..bangun pagi tu pun salah satu tanggungjawab kita sebagai manusia..bangun sebelum subuh. kadang-kadang aku pun gagal nak laksanakan tanggungjawab utama dalam hidup ini. apa nak jadi ngan aku ni..betul kata ustaz nak didik remaja untuk masuk u tak sesusah nak kejut remaja bangun pagi untuk solat subuh di surau.

Tak kira kita manusia atau haiwan atau makluk lain kita semua ada tanggungjawab..walaupun dikejar dengan kesibukan menunaikan tanggungjawab dalam pekerjaan, dalam mengurus rumah tangga, dalam menghadapi kehidupan di universiti, tanggungjawab kita sebagai hamba Allah harus di utamakan dan dilakukan sebaik mungkin. sebab tu tujuan utama kita hidup. kalau tak tunaikan apa guna hidup kat dunia ni.

Kadang-kadang aku terlepas pandang soal tu..aku juga leka dengan hidup duniawi sehinggakan aku terlupa melakukan hal wajib.semoga Allah ampunkan kita semua. Aku lebih banyak berfikir, bercakap dalam hati daripada bercakap dengan manusia..sehinggakan setiap orang yang kenal aku cakap aku ni pendiam. Aku susah nk bergaul tapi aku nak bergaul dengan orang lain, nak ada ramai kawan baru aku berkembang sikit. tapi tak pelah aku suka dengan hidup aku.




Thursday 19 March 2015

moment addiction

Korang pernah rasa tak korang ni dah terkena sejenis virus yang dikenali sebagai 'moment addiction'. macam aku, aku pernah rasa yang aku ni dah terkena virus ni..apa yang bahaya tentang virus ni ialah, kau akan buang masa stay on handphone kau tu sampai kau tak sedar masa berlalu. macam aku aku ni boleh cakap active la dekat wechat..aku gunakan wechat ni sebagai tempat aku nak luahkan apa yang aku rasa, apa yang aku nak cakap kat kawan aku, apa yang buat aku lebih muhasabah diri dengan update moment yang berbentuk islamic yang aku dapat daripada aku dengar ceramah ustaz kazim.

Tapi kadang-kadang aku rasa aku terlalu abiskan masa dekat wechat..apa aku harus buat??
sedar tak sedar banyak keburukan yang kita dapat daripada media social ni..contohnya bila kau post gambar kau yang super flawless kat dalam wechat..dalam masa yang sama orang yang muka tak berapa flawless tengok gambar kau dan terdetik dalam hati dia cakap kan best kalau kulit aku pun sama ngan kulit aku..bukan kah itu akan menimbulkan perasaan tidak bersyukur atas apa yang Allah kurniaakan dekat kita..ingat lah kau tak kan pernah bahagia selagi kau tak reda dengan apa sahaja yang kau dapat dalam dunia ni..oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat hari ni, tak semua orang lucky macam kau..ada orang yang lebih menderita di luar sana.

Alasan

 Assalamualaikum.. Hai semua..hehe mood extra happy hari ni sebab esok nak balik umah. Apa yang best kalau aku balik umah?? of course la sebab boleh jumpa ma aku..boleh tengok muka dia, tengok muka ma pun dapat pahala tau..Lahaii..senangnya nak dapat pahala..rugi tak rebut peluang ni..dan boleh solat berjemaah ngan ma aku..seronok bagi aku, seronok jugak bagi ma aku. Dan apa yang paling best ialah boleh makan masakan ma aku yang super 'yummy' tu..hehe

Cakap pasal alasan..Sape yang suka dengar alasan..Mesti la ramai yang tak suka kan..macam jugak aku..aku tak suka orang bagi alasan..macam contohnya ialah bila kau ajak kawan kau teman kau pergi mana-mana..tapi kawan kau tu tak nak teman kau then dia bagi alasan bagai..hmm benci aku orang macam tu.kalau tak nak cakap je tak nak. takyah la nak bagi alasan yang entah pape..tengok-tengok dia keluar dengan orang lain, lagi sakit hati kan..tapi kita tak leh la cepat je nak su uzon, mungkin dia ada sebab lain kenapa dia bagi alasan..wallahualam.

Monday 16 March 2015

Perpisahan

Ada perpisahan yang mengembirakan dan ada juga yang menyedihkan..macam hari ni aku dilanda perpisahan yang amat menyedihkan..iaitu perpisahan dengan noor zaishira binti kamaruddin..nama yang sering kali aku panggil dengan panggilan 'syira'..dialah sahabat, dialah teman kala susah dan senang, dialah adik, dialah kakak, dialah penasihat aku..

Kami dibesarkan sama-sama..aku kenal dia dari tadika lagi sekarang kami dah twenty..sikapnya, tangisnya, senangnya tak menjadi rahsia lagi bagi aku..walaupun kami tak satu sekolah masa sekolah menengah, kami mula berjauhan..sampai la sekarang pun kami tak satu IPT, tapi kami tetap rapat macam adik beradik..ibunya, ibuku jua..ibuku, ibunya jua.

Thursday 12 March 2015

Ulangtahun

Ulangtahun..

Ulangtahun kelahiran..Tak semua orang ingat ulang tahun kita..mesti rasa terharu kan kalau orang ingat ulangtahun kita..haha..tapi aku nak citer la ulang tahun kelahiran aku amat bermakna tahun ni.. mana tak nya, 2 kali di celebrate.first, kena prank di tempat kerja aku..aku memang tak jangka langsung diorang nak buat suprise tu..masa tu kawan aku ex staff kat baskin datang nak bagi barang kat aku..aku tengah borak-borak ngan dia
..tiba-tiba....

Wednesday 11 March 2015

IBU YANG KU SAYANG

    Ibu orang ketiga yang kita perlu utamakan selepas Allah s.w.t dan rasulullah s.a.w..jadi kalau ibu kita mintak tolong ke apa, jangan merungut...buat, jangan tak buat..benda yang dia mintak tu tak seberat dia melahirkan kite tau..

    Aku bersyukur dan bertuah sangat dapat ibu macam ma aku..ibu yang terbaik..ibu yang penyayang..thank you Allah for everything..ma aku jaga aku dah 20 tahun dengan penuh kesabaran..penat lelah beliau jaga aku dari kecik sampai besar tak terbalas..tak pernah merungut even dulu mase aku tadika aku ada perangai sikit..setiap hari ahad mesti kena paksa pergi sekolah.aku tak nak pergi sekolah sebab nak tengok dragon ball..haha..boleh ea macam tu..tapi semalas-malas aku, aku dapat gak nombor 5 dalam kelas mase tadika..haha..bangga la!!okay ape..

SILAP

 SILAP!!

yang pasti aku buat silap hari ni..aku padam 3 post aku dalam blog ni..buat balik ar kau..sape suruh kau padam..hehe..marah diri sendiri..semua orang pernah buat silap..sama ada kite sedar atau tidak sedar, kecik atau besar sesuatu kesilapan tu kita tetap akan melakukan kesilapan..yang penting post yang ni tak kan sama dengan post yang aku buat sebelum ni..

Assalamualaikum dunia..pernah tak korang gagal dalam exam? tahu tak macam mana perasaan dia. sebelum ni, aku tak pernah dapat gagal dalam mana-mana subjek yang aku ambik. paling teruk aku dapat pun e la kat sekolah dulu..tapi first exam aku dekat ukm ni aku gagal dalam satu subjek ni..subjek komunikasi efektif..dan disebabkan satu subjek tu dia effect pointer sem 1 aku..tapi nak buat camne kan dah takdir aku gagal.cume lain kali ambik iktibar la..jangan meremehkan benda penting. mak aku  mak aku ada pesan "gagal kat dunia xpe lagi, jangan gagal kat akhirat sudah". betul tu ma..dunia ni wayang semata-mata. aku tak boleh berputus asa, kerana di setiap kegagalan yang kite lalui ade sebuah kejayaan yang sangat bermakna.

Tuesday 10 March 2015

ME

Me...sesuatu yang ringkas..tapi ada seribu satu cerita disebalik perkataan me..me atau saya diberi nama oleh ibu saya sebagai Nor Azilah..tapi kawan2 panggil ila je..tu kalau kawan yang bukan berasal daripada kelantan..yang orang kelantan plak panggil aku ilah..wonder why kenapa orang kl tak bunyikan 'h' kat belakang tu..haha..aku pun tak tahu..mungkin diorang ade slank2 tersendiri..by the way i'm officially twenty on 14 February 2015..then kalau aku cakap bila birthday aku, yang lain ohh valentine day ea..tu perkara biasa..hmm xde kena mengena pun dengan valentine day tu.. Aku asal kelantan dan aku bangga jadi anak jati kelantan...anak ketiga daripada tiga orang adik beradik.

Aku ada sorang kakak, nama dia Azmah..dia pun telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Sorang laki dan sorang perempuan. Setakat ni aku tumpang umah kakak aku la sepanjang pengajian. Sebab kat kelantan takde orang nak jaga mak aku, so kitorang move ke kl la buat mase sekarang ni..lepas aku habis belajar, aku nak balik stay kat kelantan. Bosan siot dk kt kl, tak ramai kawan..duk terperap dalam umah je. Ha abang aku pulak nama dia Yusoff. Dia adalah angkatan tentera darat dan sekarang dia bertugas di Kuching Sarawak. Dia belum kawin lagi, tapi dah ada tunang orang Negeri Sembilan. Aku je la yang betul-betul solo.haha.

Sekarang aku ada mak je..nama mak aku Rahima tapi orang kampung panggil dia 'Mok Joh'. Dia la tempat aku mengadu, tempat aku cerita-cerita.Aku sayang mak aku.semua orang pun mesti sayang kan mak dia kan.sayangilah ibubapa kita selagi mereka masih bernyawa.sapelah kita tanpa mereka. Ayah aku dah takde,masuk tahun ni dah dua tahun dia pergi tinggal kan kami..aku sangat rindukan dia.aku harap dapat jumpa lagi dengan dia, tak di dunia di akhirat kelak. Buat yang masih ada ayah, jaga ayah elok-elok, jaga hati dan perasaan dia, ikut cakap dia..jangan bila dah takde baru nak menyesal. Yang aku mampu hanyalah sedekahkan ayat-ayat suci al-Quran padanya..tulah menjadi luahan rindu aku padanya.

 tengokla video ni. aku menangis bila tengok.touching betul. thanks Ustaz Kazim.



 Aku seorang yang tak banyak bercakap, suka kawan, dan suka puaskan hati orang. Aku pemalu sikit orangya..dan bagi aku sabar itu indah, jujur itu comel..hehe takdela. tapi aku rasa baik jujur daripada hipokrit.Aku suka diri aku, dan aku sedang cuba perbaiki diri aku ke arah yang lebih baik. Aku suka binatang, terutama monyet..aku ada bela seekor monyet dulu, tapi sekarang dah takde, panjang citer die.Aku suka makan, tengok wayang dan suka tengok keindahan alam semula jadi, bagi aku semua tu boleh buat aku tenang.hehe

sekian terima kasih..

My Day in Baskin Robbins


BASKIN ROBBINS..the top ice cream brand in the world..really??haha..aku tahu baskin robbins ni popular gak.. rata-rata mesti tahu tentang baskin robbins ni..ni la salah satu ice cream mahal yang aku pernah makan la..macam korang aku tak tahu la ice cream mahal apa lagi korang pernah makan.

Aku tak nak citer atau promote ice cream baskin kat korang..aku just nak citer pengalaman aku kerja kat sana..Masa cuti after matrik hari tu aku duduk kat umah kakak aku kat setiawangsa..bosan gile dk umah je..aku pun rasa macam nak kerja je.. kebetulan dekat dengan umah kakak aku tu ada mall. nama mall tu Jusco Aeon AU2..so aku pergi la mintak kerja kat sana dengan kakak aku.. first aku mintak kerja dekat kaunter information mall tu..dia suruh aku isi borang, so aku isi je la..tiba-tiba..