Thursday 4 June 2015

Menguap

Bercakap tentang menguap, semua orang pasti menguap, kecuali insan mulia kekasih Allah S.W.T iaitu rasulullah S.A.W. Walaupun rasulullah tidak pernah meguap dan berdengkur, namun  rasulullah mengajarkan kita adab menguap..Mulianya rasulullah sehinggakan apa-apa yang berkaitan dengan rasulullah turut dimuliakan Allah termasuk kita sebagai umat rasulullah S.A.W..Oleh itu bersyukurlah kita menjadi umat baginda rasul dan perbanyakkan selawat ke atas rasulullah mudah-mudahan mendapat syafaat daripada rasulullah kelak.

Hukum menguap menjadi wajib apabila seseorang itu akan jatuh sakit apabila dia tidak menguap. Menguap menjadi haram apabila kita sengaja menguap dengan nada yang kuat bertujuan umtuk menghalau penceramah atau guru dalam sesebuah majlis ilmu. Menguap menjadi makruh apabila kita tidak menjaga adab semasa menguap iaitu tidak menutup mulut, atau mengeluarkan  nada yang kuat di khalayak ramai semasa menguap. Menguap menjadi sunat apabila kita menutup mulut semasa menguap bertujuan menghalang syaitan daripada masuk ke ke dalam mulut kita.

Daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara, contohilah rasulullah iaitu contoh teladan yang terbaik. Sesungguhnya banyak hikmah yang kita dapat daripada sunah rasulullah yang banyak membantu kita dalam kelancaran kehidupan seharian kita. Letaklah nama anak-anakmu dengan nama 'Muhammad' In shaa Allah kamu akan mendapat syafaat daripada rasulullah kelak.