Setiap daripada kita diciptakan berbeza..perbezaan bukan salah satu sebab untuk kita sesama manusia mencipta pergaduhan..perbezaan amatlah unik kalau kita menghayatinya..kalau semua manusia diciptakan dengan kelebihan, kekuragan yang sama sahaja, pasti hidup ini tidak diwarnai dengan warna warni kemeriahan kepelbagaian.
Cuba bayangkan jika Allah menciptakan semua manusia kaya, pasti semua orang tidak mahu bekerja, tiada yang menuntut di ipt, semua orang menumpukan pada barangan yang mewah sahaja, pasti tiada keunikan dalam kehidupan..Sebab itulah Allah menciptakan kita dengan pelbagai paras rupa, warna kulit, agama, pangkat, jantina, personaliti kelebihan dan kekurangan yang berbeza-beza.
Kita sering mendengar lirik lagi nasyid daripada raihan yang berbunyi " iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa" disini terlihat bahawa jika kita seorang ustaz, tidak mustahil anak kita nanti berperangai tidak seperti ustaz tanpa didikan yang betul daripada ayah itu sendiri..kerana iman tidak akan dibentuk dengan kedudukan, iman boleh dibentuk dengan didikan dan contoh teladan yag baik. Jika kita telah mendidik kita dengan baik, namun anak kita tetap berperangai kurang baik maka itu adalah ujian bagi kita kerana manusia diciptakan berbeza.
Dalam setiap ujian dan cabaran hidup yang kita tempuhi, ingatlah Allah menguji kita bukan kerana Allah tidak sayang kita, Allah sayang kita..Allah rindu kita..Allah nak dengar rintihan kita..mungkin selama ni kita terlalu leka dengan dunia sehingga meremehkan akhirat..Allah ingin menyedarkan kita agar kita tidak terus terjunam ke dalam lombong kejahilan.Allah sayang orang yang bertaubat.
No comments:
Post a Comment