Friday 29 May 2015

Telefon

  Tidak dinafikan bahawa telefon banyak memberi faedah kepada dunia kita hari ini..Tidak lain tidak bukan lagi telefon dapat menjimatkan masa kita dalam menguruskan kehidupan kita hari ini..Namun, saban hari kita semakin disibukkan oleh telefon sehinggakan terlupa pada perkara penting..Manusia menyalah gunakan telefon menyebabkan telefon memberi impak yang sangat buruk kepda intstitusi kekeluargaan seterusnya memusnahkan pembangunan modal insan hari ini.

  Kadang-kadang telefon juga boleh menyebabkan berlakunya kes penceraian..seperti yang kita sedia maklum kes penceraian di Malaysia semakin meningkat..Kajian menyatakan bahawa statistik kes penceraian iaitu setiap 15 minit ada satu pasangan bercerai..Kajian juga menyatakan bahawa 80% wanita melihat telefon lebih seksi daripada suaminya..ini bermakna golongan wanita lebih tertarik pada telefon berbanding kepada suaminya.

  Melalui telefon, isteri boleh bercinta dengan lelaki lain, anak-anak boleh terjebak dengan kancah maksiat.Pabila berlaku hal seperti ini, nescaya sesebuah keluarga tidak akan harmoni lagi. Telefon menyebabkan jarak antara suami isteri.Mana tidaknya kalau masing-masing sibuk melayan telefon masing-masing, di meja makan telefon, dalam kereta telefon, di mana-mana dengan telefon je. Mana tak renggangnya hubungan kalau amalan seperti ini diterapkan.

  Telefon boleh menjauhkan yang dekat, dan mendekatkan yang jauh..mendekatkan yang jauh bermaksud kita boleh berhubung dengan menggunakan telefon walaupun berada pada jarak  yang jauh manakala menjauhkankan  yang dekat bermaksud walaupun kita berada bersama, namun kemesraan dibatasi kerana masing-masing sibuk melayani telefon masing-masing.Oleh itu, gunakan telefon berpada-pada jangan sampai melupai dunia.





 

No comments:

Post a Comment