Wednesday, 22 April 2015

Realiti

Dalam mengejar kesibukan dunia..kita harus sedar akan realiti sebenar kita hidup..tiada tujuan yang lain kita hidup di dunia ini melainkan untuk beribadat ibadat kepada Allah..dalam apa-apa jua kita buat, dalam apa-apa jua pekerjaan, di mana-mana kita berada sekalipun kita harus ingat kita buat semua tu hanya kerana Allah..

Semua sudah dirasa dalam hidup ini..pahit, manis, gembira, sedih..pelbagai pengalaman yang kita rasai sepanjang kita hidup di atas dunia ini..apa yang belum dirasa, namun tiap makhluk akan merasainya tidak lain tidak bukan iaitu mati..pengalaman yang akan dirasai oleh semua makhluk, namun pengalaman tersebut tidak akan dapat diceritakan sepertimana pengalaman lain.

Realiti yang harus kita terima dalam hidup ini salah satunya ialah wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.Dan apabila kita telah melalukan yang terbaik namun ditakdirkan kita mendapat jodoh yang kurang baik, itu adalah ujian bagi kita. Hadapi ujian dengan kemanisan..kita harus ingat, Allah tak kan menguji hambanya di luar kemampuan kita.

Tiada manusia yang sempurna..Dalam 24jam kita bernafas, pasti ada dosa yang kita lakukan tidak kira besar atau kecil, sedar atau tidak sedar kita tetap melakukan dosa..Oleh itu, tugas kita ialah untuk selalu bertaubat kepada-Nya dan mengharapkan Allah menerima taubat kita. Sesungguhnya Allah sayang pada orang yang bertaubat..taubat membuka pintu rezeki, memberi ketenanagan juga mendekatkan kita pada jodoh Inshaa Allah.

Sekadar coretan..*aku tak pernah sempurna




No comments:

Post a Comment