Wednesday, 11 March 2015

IBU YANG KU SAYANG

    Ibu orang ketiga yang kita perlu utamakan selepas Allah s.w.t dan rasulullah s.a.w..jadi kalau ibu kita mintak tolong ke apa, jangan merungut...buat, jangan tak buat..benda yang dia mintak tu tak seberat dia melahirkan kite tau..

    Aku bersyukur dan bertuah sangat dapat ibu macam ma aku..ibu yang terbaik..ibu yang penyayang..thank you Allah for everything..ma aku jaga aku dah 20 tahun dengan penuh kesabaran..penat lelah beliau jaga aku dari kecik sampai besar tak terbalas..tak pernah merungut even dulu mase aku tadika aku ada perangai sikit..setiap hari ahad mesti kena paksa pergi sekolah.aku tak nak pergi sekolah sebab nak tengok dragon ball..haha..boleh ea macam tu..tapi semalas-malas aku, aku dapat gak nombor 5 dalam kelas mase tadika..haha..bangga la!!okay ape..


    Semua kawan aku, kawan mak aku tau..mak aku suka korek rahsia dari kawan-kawan aku..contohnya dia tanya kawan aku "ilah ada pakwa tak?" tak ke serba salah kawan aku nak jawab tu..haha..tapi sekarang aku share la ngan mak aku..setiap kali hari raya, kawan-kawan aku yang datang umah aku mesti mak aku bagi duit raya..mak aku pemurah..dan satu lagi yang aku bangga ngan ma aku,dia tak boleh tengok orang susah..walaupun kami hidup sederhana, tapi dia banyak tolong orang..that why hidup anak-anak dia selalu ada orang bantu, sebab ma suka tolong orang.

    Masakan dia sedap gila..hehe..sebab tu la aku suka balik umah setiap hari minggu..sebab rindu dengan masakan ma aku..makanan kat kajai ni bukan tak sedap, cuma pedas..macam ma aku dia tahu aku tak makan pedas..masakan dia pun semua yang tak pedas la..lagi satu, ma aku suka bagi motivasi kat aku..dia selalu tengok ceramah-ceramah agama..so dia share ngan aku..benda tu boleh buat aku sedar diri dan berusaha memperbaiki diri menjadi yang lebih baik..aku bertuah dapat ibu macam ma aku..aku berharap aku sempat memberi kesenangan kepada ibu aku..Itu je tujuan utama aku belajar. bukan untuk diri sendiri, tapi untuk ibuku yang ku sayang..sayang ma sangat2.

   Ni gambar aku dengan ma aku masa kat zoo negara..






No comments:

Post a Comment