Friday, 3 April 2015

Peraturan

Semua hal mempunyai peraturan..dari kecil hingga lah dewasa kita hidup dalam peraturan..seperti mana di waktu kecil kita dipakaikan lampin pakai buang oleh ibubapa kita , ia juga merupakan satu peraturan..dan apabila peraturan itu tidak diikut, maka perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Seperti mana di fitrahkan kita sebagai manusia kita hidup dengan penuh peraturan..24 jam dalam sehari kita dipenuhi dengan peraturan..apa pun pangkat kita, kita tidak boleh lari dari peraturan.tanpa peraturan , hidup kita tidak teratur..

Peraturan membentuk diri kita supaya lebih berdisiplin..apa-apa pun peraturan yang baik, haruslah diikuti tanpa memberi sebarang alasan..sepertimana solat 5 waktu yaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isya'..mempunyai masa-masa yang tertentu yang harus kita laksanakan tepat pada masanya,, kita boleh datang awal ke kelas, tapi berapa ramai yg boleh solat awal.tepuk dada tanya diri sendiri.

Setinggi mana pangkat kita, seramai mana kawan kita, sejauh mana orang menghormati kita, tapi kita kena ingat, kita adalah hamba Allah..sujudlah selagi engkau berdahi..dan itulah tugas seorang hamba.rasulullah berpesan, kata-kata mu adalah sia-sia selain 3 perkara iaitu berkata untuk mengajak orang untuk berbuat kebaikan, kedua berkata untuk menghalang orang buat jahat dan ketiga mengingati Allah dengan berzikir.

Setakat ini dahulu coretan saya, kata-kata terakhir daripada sy, jaga Allah, maka Allah akan menjagamu. Terima kasih kepada yang sudi membaca.

No comments:

Post a Comment