Aku ada sorang kakak, nama dia Azmah..dia pun telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Sorang laki dan sorang perempuan. Setakat ni aku tumpang umah kakak aku la sepanjang pengajian. Sebab kat kelantan takde orang nak jaga mak aku, so kitorang move ke kl la buat mase sekarang ni..lepas aku habis belajar, aku nak balik stay kat kelantan. Bosan siot dk kt kl, tak ramai kawan..duk terperap dalam umah je. Ha abang aku pulak nama dia Yusoff. Dia adalah angkatan tentera darat dan sekarang dia bertugas di Kuching Sarawak. Dia belum kawin lagi, tapi dah ada tunang orang Negeri Sembilan. Aku je la yang betul-betul solo.haha.
Sekarang aku ada mak je..nama mak aku Rahima tapi orang kampung panggil dia 'Mok Joh'. Dia la tempat aku mengadu, tempat aku cerita-cerita.Aku sayang mak aku.semua orang pun mesti sayang kan mak dia kan.sayangilah ibubapa kita selagi mereka masih bernyawa.sapelah kita tanpa mereka. Ayah aku dah takde,masuk tahun ni dah dua tahun dia pergi tinggal kan kami..aku sangat rindukan dia.aku harap dapat jumpa lagi dengan dia, tak di dunia di akhirat kelak. Buat yang masih ada ayah, jaga ayah elok-elok, jaga hati dan perasaan dia, ikut cakap dia..jangan bila dah takde baru nak menyesal. Yang aku mampu hanyalah sedekahkan ayat-ayat suci al-Quran padanya..tulah menjadi luahan rindu aku padanya.
tengokla video ni. aku menangis bila tengok.touching betul. thanks Ustaz Kazim.
Aku seorang yang tak banyak bercakap, suka kawan, dan suka puaskan hati orang. Aku pemalu sikit orangya..dan bagi aku sabar itu indah, jujur itu comel..hehe takdela. tapi aku rasa baik jujur daripada hipokrit.Aku suka diri aku, dan aku sedang cuba perbaiki diri aku ke arah yang lebih baik. Aku suka binatang, terutama monyet..aku ada bela seekor monyet dulu, tapi sekarang dah takde, panjang citer die.Aku suka makan, tengok wayang dan suka tengok keindahan alam semula jadi, bagi aku semua tu boleh buat aku tenang.hehe
sekian terima kasih..
No comments:
Post a Comment