Namun dalam kita menempuhi realiti sebenar kehidupan, jangan rasa kita telah terlambat untuk bertaubat selagi roh kita belum terpisah daripada jasad..bertaubatlah seawal mungkin kerana kita tidak pernah tahu bila tuhan akan menjemput kita..selalu lah kita ingat bahawa "ajalmu tidak menunggu taubat mu"..lebih baik pernah, daripada tidak langsung.Jika terdetik dalam hati kita sekarang untuk bertaubat, segeralah bertaubat..
Sering kita dengar bahawa tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan..Menyedari hakikat ini, jika hari-hari kita boleh buat silap, maka haruslah kita hari-hari bertaubat..jangan pernah rasa kita lambat,mahukah Allah ampunkan kita, jangan persoalkannya sebelum kita lakukannya terlebih dahulu..Allah maha pengampun, maha penyayang Allah sayang orang yang bertaubat..kita sebagai hamba haruslah bertubat dengan bersungguh-sungguh semoga Allah menerima taubat kita semua.
Inshaa Allah.
No comments:
Post a Comment