Kami duduk dekat umah mak dan ayah angkat di sana..dalam satu rumah tu ada 3 orang..aku bersyukur sangat dapat mak angkat yang baik dan rajin macam mak ani..selama 4 hari 3 malam kami di sana mak ani layan kami dengan baik..dia selalu masak, petang-petang minum teh dengan dia, tengah hari makan buah-buahan dengan dia, aku dah rindu saat tu.
Antara aktiviti masa basiska ialah senaman pagi, rewang, malam kebudayaan, sukaneka, dan pergi melawat tempat pemprosesan arang..terlalu banyak aktiviti sampai tak sempat nak luangkan masa dengan keluarga angkat..yang dapat aku tengok daripada penduduk di sana, mereka ada semangat bekerjasama yang kuat..dalam buat apa-apa pun mereka selalu bekerjasama.
Mak ani ada 3 orang anak..yang sulong cikgu, yang tengah cikgu, dan yang last tu sama umur ngan aku..tapi dia oku, mengidap sindrom down..nama dia aidil..mak ani jaga aidil macam menatang minyak yang penuh..aidil rajin, dia selalu menulis..semoga syura balasan pada mak ani kerana reda dengan ketentuan Allah..
Tiba-tiba tersentuh bila masa kami nak balik tu mak ani sempat lagi bekalkan puding..menitis air mata aku masa bersalam dengan mak ani dan mak ani pun turut menitiskan air mata..aku harap aku dapat jumpa lagi dengan mak ani dan keluarga suatu hari nanti. selamat hari ibu, memang hari ni bukan hari ibu, tapi bagi aku hari-hari adalah hari ibu..hargailah ibu kerana disitulah syurga atau neraka dan di situlah reda atau murka Allah.
No comments:
Post a Comment