Monday 30 March 2015

Basiska 5

Basiska.. pening jugak masuk program ni..last program ni baru aku tahu tujuan basiska yang sebenar adalah untuk membawa pelajar mendekati masyarakat kampung..yang sertai program ni rata-rata orang bandar..tapi aku pun asal kampung..basiska dibuat di bagan serai,perak..aku tak pernah pergi perak..ini kali pertama la aku pergi perak.

Kami duduk dekat umah mak dan ayah angkat di sana..dalam satu rumah tu ada 3 orang..aku bersyukur sangat dapat mak angkat yang baik dan rajin macam mak ani..selama 4 hari 3 malam kami di sana mak ani layan kami dengan baik..dia selalu masak, petang-petang minum teh dengan dia, tengah hari makan buah-buahan dengan dia, aku dah rindu saat tu.

Antara aktiviti masa basiska ialah senaman pagi, rewang, malam kebudayaan, sukaneka, dan pergi melawat tempat pemprosesan arang..terlalu banyak aktiviti sampai tak sempat nak luangkan masa dengan keluarga angkat..yang dapat aku tengok daripada penduduk di sana, mereka ada semangat bekerjasama yang kuat..dalam buat apa-apa pun mereka selalu bekerjasama.

Mak ani ada 3 orang anak..yang sulong cikgu, yang tengah cikgu, dan yang last tu sama umur ngan aku..tapi dia oku, mengidap sindrom down..nama dia aidil..mak ani jaga aidil macam menatang minyak yang penuh..aidil rajin, dia selalu menulis..semoga syura balasan pada mak ani kerana reda dengan ketentuan Allah..

Tiba-tiba tersentuh bila masa kami nak balik tu mak ani sempat lagi bekalkan puding..menitis air mata aku masa bersalam dengan mak ani dan mak ani pun turut menitiskan air mata..aku harap aku dapat jumpa lagi dengan mak ani dan keluarga suatu hari nanti. selamat hari ibu, memang hari ni bukan hari ibu, tapi bagi aku hari-hari adalah hari ibu..hargailah ibu kerana disitulah syurga atau neraka dan di situlah reda atau murka Allah.

Tangunggjawab

Selamat pagi..bangun pagi tu pun salah satu tanggungjawab kita sebagai manusia..bangun sebelum subuh. kadang-kadang aku pun gagal nak laksanakan tanggungjawab utama dalam hidup ini. apa nak jadi ngan aku ni..betul kata ustaz nak didik remaja untuk masuk u tak sesusah nak kejut remaja bangun pagi untuk solat subuh di surau.

Tak kira kita manusia atau haiwan atau makluk lain kita semua ada tanggungjawab..walaupun dikejar dengan kesibukan menunaikan tanggungjawab dalam pekerjaan, dalam mengurus rumah tangga, dalam menghadapi kehidupan di universiti, tanggungjawab kita sebagai hamba Allah harus di utamakan dan dilakukan sebaik mungkin. sebab tu tujuan utama kita hidup. kalau tak tunaikan apa guna hidup kat dunia ni.

Kadang-kadang aku terlepas pandang soal tu..aku juga leka dengan hidup duniawi sehinggakan aku terlupa melakukan hal wajib.semoga Allah ampunkan kita semua. Aku lebih banyak berfikir, bercakap dalam hati daripada bercakap dengan manusia..sehinggakan setiap orang yang kenal aku cakap aku ni pendiam. Aku susah nk bergaul tapi aku nak bergaul dengan orang lain, nak ada ramai kawan baru aku berkembang sikit. tapi tak pelah aku suka dengan hidup aku.




Thursday 19 March 2015

moment addiction

Korang pernah rasa tak korang ni dah terkena sejenis virus yang dikenali sebagai 'moment addiction'. macam aku, aku pernah rasa yang aku ni dah terkena virus ni..apa yang bahaya tentang virus ni ialah, kau akan buang masa stay on handphone kau tu sampai kau tak sedar masa berlalu. macam aku aku ni boleh cakap active la dekat wechat..aku gunakan wechat ni sebagai tempat aku nak luahkan apa yang aku rasa, apa yang aku nak cakap kat kawan aku, apa yang buat aku lebih muhasabah diri dengan update moment yang berbentuk islamic yang aku dapat daripada aku dengar ceramah ustaz kazim.

Tapi kadang-kadang aku rasa aku terlalu abiskan masa dekat wechat..apa aku harus buat??
sedar tak sedar banyak keburukan yang kita dapat daripada media social ni..contohnya bila kau post gambar kau yang super flawless kat dalam wechat..dalam masa yang sama orang yang muka tak berapa flawless tengok gambar kau dan terdetik dalam hati dia cakap kan best kalau kulit aku pun sama ngan kulit aku..bukan kah itu akan menimbulkan perasaan tidak bersyukur atas apa yang Allah kurniaakan dekat kita..ingat lah kau tak kan pernah bahagia selagi kau tak reda dengan apa sahaja yang kau dapat dalam dunia ni..oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat hari ni, tak semua orang lucky macam kau..ada orang yang lebih menderita di luar sana.

Alasan

 Assalamualaikum.. Hai semua..hehe mood extra happy hari ni sebab esok nak balik umah. Apa yang best kalau aku balik umah?? of course la sebab boleh jumpa ma aku..boleh tengok muka dia, tengok muka ma pun dapat pahala tau..Lahaii..senangnya nak dapat pahala..rugi tak rebut peluang ni..dan boleh solat berjemaah ngan ma aku..seronok bagi aku, seronok jugak bagi ma aku. Dan apa yang paling best ialah boleh makan masakan ma aku yang super 'yummy' tu..hehe

Cakap pasal alasan..Sape yang suka dengar alasan..Mesti la ramai yang tak suka kan..macam jugak aku..aku tak suka orang bagi alasan..macam contohnya ialah bila kau ajak kawan kau teman kau pergi mana-mana..tapi kawan kau tu tak nak teman kau then dia bagi alasan bagai..hmm benci aku orang macam tu.kalau tak nak cakap je tak nak. takyah la nak bagi alasan yang entah pape..tengok-tengok dia keluar dengan orang lain, lagi sakit hati kan..tapi kita tak leh la cepat je nak su uzon, mungkin dia ada sebab lain kenapa dia bagi alasan..wallahualam.

Monday 16 March 2015

Perpisahan

Ada perpisahan yang mengembirakan dan ada juga yang menyedihkan..macam hari ni aku dilanda perpisahan yang amat menyedihkan..iaitu perpisahan dengan noor zaishira binti kamaruddin..nama yang sering kali aku panggil dengan panggilan 'syira'..dialah sahabat, dialah teman kala susah dan senang, dialah adik, dialah kakak, dialah penasihat aku..

Kami dibesarkan sama-sama..aku kenal dia dari tadika lagi sekarang kami dah twenty..sikapnya, tangisnya, senangnya tak menjadi rahsia lagi bagi aku..walaupun kami tak satu sekolah masa sekolah menengah, kami mula berjauhan..sampai la sekarang pun kami tak satu IPT, tapi kami tetap rapat macam adik beradik..ibunya, ibuku jua..ibuku, ibunya jua.

Thursday 12 March 2015

Ulangtahun

Ulangtahun..

Ulangtahun kelahiran..Tak semua orang ingat ulang tahun kita..mesti rasa terharu kan kalau orang ingat ulangtahun kita..haha..tapi aku nak citer la ulang tahun kelahiran aku amat bermakna tahun ni.. mana tak nya, 2 kali di celebrate.first, kena prank di tempat kerja aku..aku memang tak jangka langsung diorang nak buat suprise tu..masa tu kawan aku ex staff kat baskin datang nak bagi barang kat aku..aku tengah borak-borak ngan dia
..tiba-tiba....

Wednesday 11 March 2015

IBU YANG KU SAYANG

    Ibu orang ketiga yang kita perlu utamakan selepas Allah s.w.t dan rasulullah s.a.w..jadi kalau ibu kita mintak tolong ke apa, jangan merungut...buat, jangan tak buat..benda yang dia mintak tu tak seberat dia melahirkan kite tau..

    Aku bersyukur dan bertuah sangat dapat ibu macam ma aku..ibu yang terbaik..ibu yang penyayang..thank you Allah for everything..ma aku jaga aku dah 20 tahun dengan penuh kesabaran..penat lelah beliau jaga aku dari kecik sampai besar tak terbalas..tak pernah merungut even dulu mase aku tadika aku ada perangai sikit..setiap hari ahad mesti kena paksa pergi sekolah.aku tak nak pergi sekolah sebab nak tengok dragon ball..haha..boleh ea macam tu..tapi semalas-malas aku, aku dapat gak nombor 5 dalam kelas mase tadika..haha..bangga la!!okay ape..

SILAP

 SILAP!!

yang pasti aku buat silap hari ni..aku padam 3 post aku dalam blog ni..buat balik ar kau..sape suruh kau padam..hehe..marah diri sendiri..semua orang pernah buat silap..sama ada kite sedar atau tidak sedar, kecik atau besar sesuatu kesilapan tu kita tetap akan melakukan kesilapan..yang penting post yang ni tak kan sama dengan post yang aku buat sebelum ni..

Assalamualaikum dunia..pernah tak korang gagal dalam exam? tahu tak macam mana perasaan dia. sebelum ni, aku tak pernah dapat gagal dalam mana-mana subjek yang aku ambik. paling teruk aku dapat pun e la kat sekolah dulu..tapi first exam aku dekat ukm ni aku gagal dalam satu subjek ni..subjek komunikasi efektif..dan disebabkan satu subjek tu dia effect pointer sem 1 aku..tapi nak buat camne kan dah takdir aku gagal.cume lain kali ambik iktibar la..jangan meremehkan benda penting. mak aku  mak aku ada pesan "gagal kat dunia xpe lagi, jangan gagal kat akhirat sudah". betul tu ma..dunia ni wayang semata-mata. aku tak boleh berputus asa, kerana di setiap kegagalan yang kite lalui ade sebuah kejayaan yang sangat bermakna.

Tuesday 10 March 2015

ME

Me...sesuatu yang ringkas..tapi ada seribu satu cerita disebalik perkataan me..me atau saya diberi nama oleh ibu saya sebagai Nor Azilah..tapi kawan2 panggil ila je..tu kalau kawan yang bukan berasal daripada kelantan..yang orang kelantan plak panggil aku ilah..wonder why kenapa orang kl tak bunyikan 'h' kat belakang tu..haha..aku pun tak tahu..mungkin diorang ade slank2 tersendiri..by the way i'm officially twenty on 14 February 2015..then kalau aku cakap bila birthday aku, yang lain ohh valentine day ea..tu perkara biasa..hmm xde kena mengena pun dengan valentine day tu.. Aku asal kelantan dan aku bangga jadi anak jati kelantan...anak ketiga daripada tiga orang adik beradik.

Aku ada sorang kakak, nama dia Azmah..dia pun telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Sorang laki dan sorang perempuan. Setakat ni aku tumpang umah kakak aku la sepanjang pengajian. Sebab kat kelantan takde orang nak jaga mak aku, so kitorang move ke kl la buat mase sekarang ni..lepas aku habis belajar, aku nak balik stay kat kelantan. Bosan siot dk kt kl, tak ramai kawan..duk terperap dalam umah je. Ha abang aku pulak nama dia Yusoff. Dia adalah angkatan tentera darat dan sekarang dia bertugas di Kuching Sarawak. Dia belum kawin lagi, tapi dah ada tunang orang Negeri Sembilan. Aku je la yang betul-betul solo.haha.

Sekarang aku ada mak je..nama mak aku Rahima tapi orang kampung panggil dia 'Mok Joh'. Dia la tempat aku mengadu, tempat aku cerita-cerita.Aku sayang mak aku.semua orang pun mesti sayang kan mak dia kan.sayangilah ibubapa kita selagi mereka masih bernyawa.sapelah kita tanpa mereka. Ayah aku dah takde,masuk tahun ni dah dua tahun dia pergi tinggal kan kami..aku sangat rindukan dia.aku harap dapat jumpa lagi dengan dia, tak di dunia di akhirat kelak. Buat yang masih ada ayah, jaga ayah elok-elok, jaga hati dan perasaan dia, ikut cakap dia..jangan bila dah takde baru nak menyesal. Yang aku mampu hanyalah sedekahkan ayat-ayat suci al-Quran padanya..tulah menjadi luahan rindu aku padanya.

 tengokla video ni. aku menangis bila tengok.touching betul. thanks Ustaz Kazim.



 Aku seorang yang tak banyak bercakap, suka kawan, dan suka puaskan hati orang. Aku pemalu sikit orangya..dan bagi aku sabar itu indah, jujur itu comel..hehe takdela. tapi aku rasa baik jujur daripada hipokrit.Aku suka diri aku, dan aku sedang cuba perbaiki diri aku ke arah yang lebih baik. Aku suka binatang, terutama monyet..aku ada bela seekor monyet dulu, tapi sekarang dah takde, panjang citer die.Aku suka makan, tengok wayang dan suka tengok keindahan alam semula jadi, bagi aku semua tu boleh buat aku tenang.hehe

sekian terima kasih..

My Day in Baskin Robbins


BASKIN ROBBINS..the top ice cream brand in the world..really??haha..aku tahu baskin robbins ni popular gak.. rata-rata mesti tahu tentang baskin robbins ni..ni la salah satu ice cream mahal yang aku pernah makan la..macam korang aku tak tahu la ice cream mahal apa lagi korang pernah makan.

Aku tak nak citer atau promote ice cream baskin kat korang..aku just nak citer pengalaman aku kerja kat sana..Masa cuti after matrik hari tu aku duduk kat umah kakak aku kat setiawangsa..bosan gile dk umah je..aku pun rasa macam nak kerja je.. kebetulan dekat dengan umah kakak aku tu ada mall. nama mall tu Jusco Aeon AU2..so aku pergi la mintak kerja kat sana dengan kakak aku.. first aku mintak kerja dekat kaunter information mall tu..dia suruh aku isi borang, so aku isi je la..tiba-tiba..