Wednesday, 20 May 2015

Andai Syurga dan Neraka Tidak Ada

Andai syurga dan neraka tidak ada..masihkah ada manusia yang bersujud kepada Allah?? Tajuk ni dipetik dari buku karya Muhammad Hassan Basri..Dalam buku ini aku sangat tertarik dengan Hadis yang menyatakan orang miskin masuk syurga setengah hari lebih awal daripada orang kaya. Walau bagaimanpun kita perlu tahu yang ukuran setengah hari di akhirat bersamaan dengan 500 tahun di dunia..Jadi bersyukurlah kalau kita miskin..Apa yang ditakdirkan Allah hendaklah kita terima dengan ikhlas dan reda.Tetapi jangan pula kita tidak mahu berusaha dan selalu meminta-minta kerana jika sekali kita meminta padahal kita mampu, maka tertutuplah satu pintu rezeki kepada kita.

Seterusnya, aku juga tertarik dengan kisah di mana rasulullah bertanyakan perbandingan antara madu, mangkuk cantik tempat meletakkan madu dan rambut yang terlekat pada madu..bila part anaknya siti fatimah dia berpendapat bahawa mangkuk yang cantik itu ibarat wanita yang berperibadi mulia manakala madu tersebut seperti wanita yang manis apabila menutup aurat dan untuk menjaga aurat wanita tersebut daripada terlihat kepada bukan muhrimnya tidaklah sesenang menarik rambut yang berada dalam madu tersebut. Oleh kerana iman manusia yang selalu naik dan turun, maka kita hendaklah menjaga iman sebaik mungkin dengan melakukan amal ibadat secara konsisiten.

Selain itu, kisah seekor lalat dengan syurga..Apa kaitan lalat dengan syurga ni?? Imam Ghazali sedang menulis kitab di depan pelita biliknya..tiba-tiba dia terlihat seekor lalat sedang meminum dakwat di dalam sebuah bekas..Imam Ghazali membiarkan lalat tersebut terus meminum dakwatnya kerana lalat itu kelihatan sungguh dahaga..selepas ia meminum dakwat tersebut, Imam Ghazali pun mengeluarkan nya perlahan-lahan daripada bekas tersebut. Apabila Allah bertanya tahukah engkau apakah yang menyebabkan engkau masuk syurga..

Imam Ghazali menjawab adakah kerana solatku, zakatku, ilmu ku..dan Allah menidakkan semuanya,.Apa yang menyebabkan Imam Ghazali masuk syurga adalah kebaikan Imam membantu seekor lalat tersebut. Hal ini jelas bahawa kalau nak di bandingkan dengan amalan kita untuk masuk syurga sudah pasti tidak cukup.Kita masuk syurga denagn rahmat Allah..Jadi carilah kasih sayang tersebut dengan selalu mendekatkan diri kepada-Nya.


No comments:

Post a Comment