Thursday, 19 March 2015

moment addiction

Korang pernah rasa tak korang ni dah terkena sejenis virus yang dikenali sebagai 'moment addiction'. macam aku, aku pernah rasa yang aku ni dah terkena virus ni..apa yang bahaya tentang virus ni ialah, kau akan buang masa stay on handphone kau tu sampai kau tak sedar masa berlalu. macam aku aku ni boleh cakap active la dekat wechat..aku gunakan wechat ni sebagai tempat aku nak luahkan apa yang aku rasa, apa yang aku nak cakap kat kawan aku, apa yang buat aku lebih muhasabah diri dengan update moment yang berbentuk islamic yang aku dapat daripada aku dengar ceramah ustaz kazim.

Tapi kadang-kadang aku rasa aku terlalu abiskan masa dekat wechat..apa aku harus buat??
sedar tak sedar banyak keburukan yang kita dapat daripada media social ni..contohnya bila kau post gambar kau yang super flawless kat dalam wechat..dalam masa yang sama orang yang muka tak berapa flawless tengok gambar kau dan terdetik dalam hati dia cakap kan best kalau kulit aku pun sama ngan kulit aku..bukan kah itu akan menimbulkan perasaan tidak bersyukur atas apa yang Allah kurniaakan dekat kita..ingat lah kau tak kan pernah bahagia selagi kau tak reda dengan apa sahaja yang kau dapat dalam dunia ni..oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat hari ni, tak semua orang lucky macam kau..ada orang yang lebih menderita di luar sana.
Aku tak cakap yang aku tak pernah rasa macam ni..aku citer ni berdasarkan pengalaman aku sendiri, apa yang aku rasa..mintak jauh la. wallahualam..jangan nak guna wechat tu..kadang-kadang kita terfikir kenapa kita tak rasa bahagia, jawapan nya  ada pada kita sendiri...tanya diri, selama ni cukup  tak solat lima waktu, tepat tak masa solat, baca tak al Quran setiap hari..tak usahlah terlalu mencari kesempurnaan dalam dunia ni, tak ada manusia yang sempurna ..yang sempurna hanya Allah.. Allahu Rabbi..sekain terima kasih..apa yang aku cakapkan tu sekadar renungan bersama, kerana aku tak pernah sempurna..

No comments:

Post a Comment