Pada hari pembentangan tersebut, aku amat kagum dengan persembahan-persembahan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan yang amat hebat..walaupun hampir seharian berada dalam bilik tayangan tersebut, aku sedikit pun tidak berasa boring ketika menyaksikan persembahan daripada set 2..Idea-idea mereka amatlah wooww dan fresh..sesungguhnya mereka mempunyai bakat yang amat hebat.
Setelah selesai sahaja pembentangan power point, aku ingat aku boleh menarik nafas lega kerana tiada lagi projek dan aku mahu fokus untuk menghadapi final,.namun itu hanya sangkaan ku sahaja, ada satu lagi perbentangan yang harus aku hadapi malam ini..lumrah kehidupan di universiti yang penuh dengan pembentangan, dan aku sedar aku tak bagus dalam membentang..namun aku tidak boleh lari dari realiti, aku harus tempuhinya dengan kekuatan daripada Allah SWT.

No comments:
Post a Comment