Wednesday 13 May 2015

Cinta

Setiap orang bercinta, namun bukan semua orang tahu apa erti cinta..cinta sering kali dikaitkan dengan kasih sayang, pengorbanan, dan perasaan di mana kita ingin membahagiakan pasangan kita..semua orang berbeza caranya untuk menzahirkan perasaan cinta tersebut...

Namun, hati-hati dalam bercinta..bercinta disini ialah cinta tanpa ikatan yang sah.Semua orang yang mempunyai jiwa, merasa cinta..tak kiralah cinta pada apa sekalipun..banyak perbatasan yang harus dijaga bila bercinta..oleh itu sesiapa yang tidak boleh mejaganya, jangan bercinta..

Cinta yang dilaknat Allah ialah cinta antara lelaki dan lekaki atau perempuan dengan perempuan..Kita sering mendengar Rasulullah sendiri membenci golongan ini sehinggakan Rasulullah tidak akan mengaku umatnya yang mana bercinta sejenis.

Cinta yang dimurkai Allah pula ialah mencintai orang yang tidak sepatutnya dicintai. Golongan ini ialah golongan yang bercinta dengan isteri orang. Hal ini boleh menyebabkan berlaku penceraian dan perlu kita ingat perkara yang halal tapi sangat dibenci Allah ialah cerai. Oleh itu, jangan kita gegarkan Arasy Allah dengan meningkatkan kes cerai di Malaysia.

Kisah cinta antara Rasullah dan Saidatina Aisyah amat lah suci dan kita seharusnya mencontohi perjalanan cinta antara mereka. Tiada contoh yang paling baik selain Rasulullah S.A.W.

Namun cinta yang kekal dan abadi ialah cinta pada Allah dan Rasul-Nya..dalam kesibukan mengejar cinta manusia jangan pernah lupa pada cinta yang harus diutamakan dalam hidup kita iaitu cinta pada Allah dan Rasul-Nya. Tiada lagi cita-cita yang paling besar selain ingin masuk syurga.

No comments:

Post a Comment