Selamat pagi..bangun pagi tu pun salah satu tanggungjawab kita sebagai manusia..bangun sebelum subuh. kadang-kadang aku pun gagal nak laksanakan tanggungjawab utama dalam hidup ini. apa nak jadi ngan aku ni..betul kata ustaz nak didik remaja untuk masuk u tak sesusah nak kejut remaja bangun pagi untuk solat subuh di surau.
Tak kira kita manusia atau haiwan atau makluk lain kita semua ada tanggungjawab..walaupun dikejar dengan kesibukan menunaikan tanggungjawab dalam pekerjaan, dalam mengurus rumah tangga, dalam menghadapi kehidupan di universiti, tanggungjawab kita sebagai hamba Allah harus di utamakan dan dilakukan sebaik mungkin. sebab tu tujuan utama kita hidup. kalau tak tunaikan apa guna hidup kat dunia ni.
Kadang-kadang aku terlepas pandang soal tu..aku juga leka dengan hidup duniawi sehinggakan aku terlupa melakukan hal wajib.semoga Allah ampunkan kita semua. Aku lebih banyak berfikir, bercakap dalam hati daripada bercakap dengan manusia..sehinggakan setiap orang yang kenal aku cakap aku ni pendiam. Aku susah nk bergaul tapi aku nak bergaul dengan orang lain, nak ada ramai kawan baru aku berkembang sikit. tapi tak pelah aku suka dengan hidup aku.
No comments:
Post a Comment