Wednesday, 6 May 2015

Mengumpat

Hari ni aku mendengar ceramah berkaitan dosa mengumpat..gerun sungguh aku mendengar penjelasan daripada ustaz kazim berkaitan dengan dosa mengumpat ni..mengumpat ni ada banyak jenis..pertama mengumpat dengan mulut..mengumpat dengan mulut ni iaitu memberitahu kebaikan atau keburukan seseorang tu kepada orang lain tanpa pengetahuan orang yang di umpat..mengumpat jenis ini adalah yang paling bahaya.

Tanpa kita sedari kita telah menzalimi diri kita sendiri dengan seonok mengumpat..mengumpat ni seronok, tapi buruk padahnya..dosa mengumpat ni tidak akan terhapus jika kita hanya meminta ampun dengan Allah sahaja..kita sendiri perlu meminta maaf daripada orang yang telah kita umpat dan dosa itu akan terhapus jika dia memaafkan kita..

Mengumpat yang kedua ialah dengan menggunakan jari..saya sangat takut jika ada terngumpat tentang orang lain bila saya menulis di laman sosial..ini adalah sangat bahaya..jari kita sendiri akan mengaku bersalah di akhirat nanti ketika di soal..azab orang yang mengumpat ialah seperti memakan daging saudaranya sendiri..subhanallah..moga-moga kita dijauhi daripada dosa yang kita tidak sedari ni..jangan hairan jika orang yang banyak amal ibadatnya, tetapi bankrup di akhirat kelak kerana mengumpat yaini amal ibadatnya akan dberikan kepada orang yang diumpat tersebut..

Selain itu, mengumpat yang kita selalu buat dan sangat sukar untuk dielak iaitu mengumpat dalam hati..mengumpat jenis ini tidak perlu kita meminta maaf kepada orang yang diumpat, tetapi hanya sekadar beristighfar agar dosa kita di ampun dan hati kita suci daripada berkata buruk kepada orang lain..Semoga kita dujauhi daripada dosa mengumpat ini..Amin.



No comments:

Post a Comment