Friday, 29 May 2015

Akhirnya

  Akhirnya..aku berjaya tamatkan pembacaan buku yang aku pinjam dari PTSL..Buku ni berjudul Cukup Hanya Allah karya Ustaz Kazim Elias.Banyak pengajaran yang aku dapat daripada pembacaan ilmiah ini.Sangat sesuai dan tepat bagi aku yang baru ingin berjinak-jinak dalam mendalami ilmu Allah ini.

  Lagi banyak kita mempelajari ilmu, lagi kita sedar diri kita yang diri ini amatlah jahil..Ilmu Allah itu amat luas.Tugas kita ialah mencari ilmu tersebut, mencari reda Allah.Sayu hati aku apabila membaca kisah rasulullah SAW.Betapa besarnya pengorbanan rasulullah dalam mnyebarkan Islam.Betapa sayangnya baginda pada kita sehinggakan pada akhir hayat baginda, baginda ingin menanggung siksa sakaratulmaut seluruh umat-Nya kerana tidak sanggup membiarkan kita menanggung siksa tersebut.

  Tapi kita hari ini, nak berselawat ke atas rasulullah pun susah..Tidak sedarkah kita betapa besarnya kasih sayang rasulullah pada kita..baginda menjanjikan syafaat pada mereka yang berselawat kepada kepada baginda di akhirat kelak..Sesiapa yang ingin mendapatkan syafaat rasulullah hendaklah selalu membaca Quran.Tiada contoh sebaik dan seindah rasulullah.Amalkan lah sunnah rasulullah, sebagai tanda yang kita sentiasa megingati baginda.

  Bau peluh rasulullah seharum kasturi, sehinggakan para sahabat berebut untuk menadah peluh baginda dan tiada wangian seharum haruman peluh rasulullah SAW.Tangan rasullah sangat lembut selembut sutera.Para sahabat berkata bahawa tiada wajah seindah rasulullah wajah baginda bercahaya, tiada senyuman semanis senyuman rasulullah. Rasulullah sangat mementingkan kebersihan.Oleh itu kita perlulah mencontohi rasulullah contohnya memotong kuku pada hari jumaat dengan memotong pada jari telunjuk terlebih dahulu.

Perginya seorang kekasih ALLAH.



No comments:

Post a Comment