Monday, 16 March 2015

Perpisahan

Ada perpisahan yang mengembirakan dan ada juga yang menyedihkan..macam hari ni aku dilanda perpisahan yang amat menyedihkan..iaitu perpisahan dengan noor zaishira binti kamaruddin..nama yang sering kali aku panggil dengan panggilan 'syira'..dialah sahabat, dialah teman kala susah dan senang, dialah adik, dialah kakak, dialah penasihat aku..

Kami dibesarkan sama-sama..aku kenal dia dari tadika lagi sekarang kami dah twenty..sikapnya, tangisnya, senangnya tak menjadi rahsia lagi bagi aku..walaupun kami tak satu sekolah masa sekolah menengah, kami mula berjauhan..sampai la sekarang pun kami tak satu IPT, tapi kami tetap rapat macam adik beradik..ibunya, ibuku jua..ibuku, ibunya jua.
Tak tahu mengapa, kalau berada di samping dia aku rasatenang sangat..dan kalau apa-apa yang buat dia sedih, sedih juga bagi aku..dia lah satu-satu nya kawan yang rapat ngan aku sampai hari ni..dan aku berharap kami tak kan terpisah..biarlah maut sahaja yang memisahkan kami.. Allah saja yang tahu bertapa aku sayang padanya..

Hari jumaat lepas aku pergi umah kakak dia dekat bangi, dia sekarang stay kat bangi buat praktikal..kami spend time together dengan kawan aku sorang lagi nama dia nani..kami cerita-cerita kisah-kisah dulu ..benda yang boleh buat kami gelak sama-sama, sedih sama-sama..macam tak nak balik ukm dah.. tapi kami ada tugas msing-masing untuk dilaksanakan, dan perpisahan itu tetap berlaku.. masa gelak tawa kami bersama akan aku ingat sampai bila-bila..masa tu sangat berharga bagi aku, dan aku rasa aku tak kan dapat masa gembira ni lagi..oleh itu patut kita ingat, hargailah masa bahagia hari ini, kerana masa bahagia itu mungkin tak kan ada lagi untuk esok.

sahabat dunia akhirat.


sekian terima kasih..

No comments:

Post a Comment