Monday, 27 April 2015

Bersyukur






Bersyukur bukan hanya pada perkataan yaitu dengan mengucapkan 'Alhamdulillah'..rasa syukur juga hendaklah di tunjukkan dengan perbuatan..apa bukti kita bersyukur dengan tubuh badan yang sihat yang dikurniakan ini??kalau solat yang wajib 5 waktu itu pun kita tidak dapat sempurnakan..Aku tanya diri sendiri..apa bukti apaa??

Jika kita ditimpa musibah banjir contohnya yang berlaku di bumi kelantan, terengganu dan pahang baru-baru ini..kita harus bersyukur kita masih lagi diberi nyawa untuk bertaubat. Cuba kita lihat di negara lain yang berlaku banjir pasti ramai yang terkorban..di Malaysia bila banjir, sampah-sampah, barang-barang yang terapung bergelimpangan, tapi di negara lain mayat-mayat yang bergelimpangan..masih tidak bersyukur lagi kah kita hidup di bumi Malaysia ini??

Jika kita rabun, kita harus bersyukur kita boleh lagi melihat dunia..Jika kita buta juga kita harus bersyukur sekurang-kurangnya kita dijauhi daripada zina mata..jika kita diberi mata, belum tentu kita dapat menahan diri kita untuk melihat benda-benda maksiat..apa-apa pun yang ditakdirkan Allah kepada kita, itulah yang terbaik untuk kita..Bersangka baiklah dengan Allah.

Lambat

Lambat..pastinya ada rasa yang kurang enak bila kita di situasi kita sedang lambat..lambat bangun pagi, terlepas exam, terlepas temuduga dan paling teruk terlepas waktu subuh atau apa-apa benda penting yang kita rasa gelabah sangat..haa pasti semua orang pernah rasa lambat kan.normal lah normal..tapi semestinya lepas kita di situasi tersebut lepas kita dah kena sekali pasti kita ambik pengajaran la lepas tu. Itu namanya belajar dari kesilapan.

Namun dalam kita menempuhi realiti sebenar kehidupan, jangan rasa kita telah terlambat untuk bertaubat selagi roh kita belum terpisah daripada jasad..bertaubatlah seawal mungkin kerana kita tidak pernah tahu bila tuhan akan menjemput kita..selalu lah kita ingat bahawa "ajalmu tidak menunggu taubat mu"..lebih baik pernah, daripada tidak langsung.Jika terdetik dalam hati kita sekarang untuk bertaubat, segeralah bertaubat..

Sering kita dengar bahawa tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan..Menyedari hakikat ini, jika hari-hari kita boleh buat silap, maka haruslah kita hari-hari bertaubat..jangan pernah rasa kita lambat,mahukah Allah ampunkan kita, jangan persoalkannya sebelum kita lakukannya terlebih dahulu..Allah maha pengampun, maha penyayang Allah sayang orang yang bertaubat..kita sebagai hamba haruslah bertubat dengan bersungguh-sungguh semoga Allah menerima taubat kita semua.

Inshaa Allah.

Wednesday, 22 April 2015

Berbeza

Setiap daripada kita diciptakan berbeza..perbezaan bukan salah satu sebab untuk kita sesama manusia mencipta pergaduhan..perbezaan amatlah unik kalau kita menghayatinya..kalau semua manusia diciptakan dengan kelebihan, kekuragan yang sama sahaja, pasti hidup ini tidak diwarnai dengan warna warni kemeriahan kepelbagaian.

Cuba bayangkan jika Allah menciptakan semua manusia kaya, pasti semua orang tidak mahu bekerja, tiada yang menuntut di ipt, semua orang menumpukan pada barangan yang mewah sahaja, pasti tiada keunikan dalam kehidupan..Sebab itulah Allah menciptakan kita dengan pelbagai paras rupa, warna kulit, agama, pangkat, jantina, personaliti kelebihan dan kekurangan yang berbeza-beza.

Kita sering mendengar lirik lagi nasyid daripada raihan yang berbunyi " iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa" disini terlihat bahawa jika kita seorang ustaz, tidak mustahil anak kita nanti berperangai tidak seperti ustaz tanpa didikan yang betul daripada ayah itu sendiri..kerana iman tidak akan dibentuk dengan kedudukan, iman boleh dibentuk dengan didikan dan contoh teladan yag baik. Jika kita telah mendidik kita dengan baik, namun anak kita tetap berperangai kurang baik maka itu adalah ujian bagi kita kerana manusia diciptakan berbeza.

Dalam setiap ujian dan cabaran hidup yang kita tempuhi, ingatlah Allah menguji kita bukan kerana Allah tidak sayang kita, Allah sayang kita..Allah rindu kita..Allah nak dengar rintihan kita..mungkin selama ni kita  terlalu leka dengan dunia sehingga meremehkan akhirat..Allah ingin menyedarkan kita agar kita tidak terus terjunam ke dalam lombong kejahilan.Allah sayang orang yang bertaubat.

Fantasi

Fantasi?? apa itu fantasi..adakah ia angan-angan?? angan-angan yang tidak akan jadi kenyataan..atau sebuah kisah dongeng yang tidak akan pernah menjadi realiti..seperti insan biasa..aku ingin bahagia..eh-eh ternyanyi lah pulak..haha. nak cakap kat sini yang aku pun punyai anagan-angan yang tidak mungkin aku kecapi.

Apa angan-angan aku?? Apa yang aku fikirkan dalam otak aku sekarang ni ialah satu-satu nya angan-angan bodoh yang aku ada iaitu aku ingin menjadi sailormoon..kenapa aku ingin jadi sailormoon?? sebab aku nak ada kuasa bulan..haha..boleh la aku lepak kat bulan nanti..waa bestnya..dan aku boleh tolong orang dengan kuasa yang aku ada..syoknya kalau dapat jadi betul-betul..tapi sayang itu hanya fantasi..sailormoon pun tak wujud.

Oleh itu, berdirilah dalam dunia nyata..aku hanya pelajar ijazah sarjana muda dalam jurusan ekonomi yang sedang menuntut di universiti kebangsaan malaysia dengan harapan dapat gradute dengan cemerlang dan dikurniakan rezeki untuk merealisasikan impian ibuku yang ingin menunaikan umrah bersama ku dengan gaji pertamaku.Aku tak kisah aku dapat kerja apa pun nanti, sebab seperti yang kita tahu peluang pekerjaan amat terhad dalam dunia hari ini..Oleh itu, bersyukur, reda dan pasrah itu yang terbaik.


Normal

Apa itu normal??  adakah kita berasa normal dengan hidup sekarang..apa yang kita rasa bila kita memperhatikan orang sekeliling..apa yang kita rasa bila kita melihat pada orang yang lebih senang dan kaya daripada kita?? pasti terdetik di hati kita rasa cemburu dan rasa ingin berada di tempat mereka..itulah yang saya rasa..kita tidak akan pernah rasa bahagia bila kita tidak merasa cukup dengan apa yang kita ada sekarang,bila kita tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan..

Bila kita kaya, ingat!!bukan semua kekayaan tersebut hak kita..ada rezeki orang lain dalam rezeki kita yang harus kita bahagikan kepada orang lain..semakin kaya kita, semakin besar tangunggjawab yang harus kita galas..Dalam peristiwa israk dan mikraj, Rasulullah melihat ramai orang miskin masuk syurga..tergambar disitu besarnya tangunggjawab jika kita menjadi orang yang berharta..apa guna ada harta tapi kedekut sedangkan tu semua hanya pinjaman.

Bila kita miskin, ingat!! ada yang lagi miskin daripada kita..jika kita makan nasi dengan budu, ingat ada yang makan nasi kosong sahaja dan bila kita makan nasi kosong saja, ingat ada yang tidak makan nasi langsung..oleh itu hendaklah kita terdetik di hati kita rasa syukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita..Rasulullah pernah mengikat perutnya dengan batu kerana ingin menahan lapar..tapi kita makan nasi yang kurang enak sedikit saja sudah merungut..

Apa-apa pun kedudukan kita dalam dunia ini itulah yang terbaik buat kita..Adakala kita menyukai sesuatu sedangkan ia tidak baik untuk kita dan adakalanya kita tidak menyukai sesuatu sedangkan ia baik untuk kita..what ever it is "La Tahzan innallah maa'ana" jangan bersedih kerna Allah sentiasa bersama kita".


Realiti

Dalam mengejar kesibukan dunia..kita harus sedar akan realiti sebenar kita hidup..tiada tujuan yang lain kita hidup di dunia ini melainkan untuk beribadat ibadat kepada Allah..dalam apa-apa jua kita buat, dalam apa-apa jua pekerjaan, di mana-mana kita berada sekalipun kita harus ingat kita buat semua tu hanya kerana Allah..

Semua sudah dirasa dalam hidup ini..pahit, manis, gembira, sedih..pelbagai pengalaman yang kita rasai sepanjang kita hidup di atas dunia ini..apa yang belum dirasa, namun tiap makhluk akan merasainya tidak lain tidak bukan iaitu mati..pengalaman yang akan dirasai oleh semua makhluk, namun pengalaman tersebut tidak akan dapat diceritakan sepertimana pengalaman lain.

Realiti yang harus kita terima dalam hidup ini salah satunya ialah wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.Dan apabila kita telah melalukan yang terbaik namun ditakdirkan kita mendapat jodoh yang kurang baik, itu adalah ujian bagi kita. Hadapi ujian dengan kemanisan..kita harus ingat, Allah tak kan menguji hambanya di luar kemampuan kita.

Tiada manusia yang sempurna..Dalam 24jam kita bernafas, pasti ada dosa yang kita lakukan tidak kira besar atau kecil, sedar atau tidak sedar kita tetap melakukan dosa..Oleh itu, tugas kita ialah untuk selalu bertaubat kepada-Nya dan mengharapkan Allah menerima taubat kita. Sesungguhnya Allah sayang pada orang yang bertaubat..taubat membuka pintu rezeki, memberi ketenanagan juga mendekatkan kita pada jodoh Inshaa Allah.

Sekadar coretan..*aku tak pernah sempurna




Friday, 3 April 2015

Meraih Cinta Mu

Ya ALLAH Ya TUHANku..
Aku  berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan
Jadikanlah ilmuku boleh memimpin diriku dan orang lain

Ya ALLAH Ya TUHANku..
Aku mohon pada-Mu jiwa yang tenang dan tenteram
Yang percaya pada pertemuan dengan-Mu
Dan redha atas segala keputusan-Mu
Usahlah KAU palingkan hatiku setelah KAU tunjuki
Dan berilah rahmat-Mu kerana KAU adalah yang Maha Pemberi

Ya ALLAH Ya TUHANku..
Kukuhkanlah imanku dari kemungkinan terpesong
Berilah aku petunjuk dari jalan yang sesat
Jadikan lah sebaik-baik umurku pada penghujungnya
Dan sebaik-baiknya amalku pada penghujung akhirnya
Dan sebaik-baik hariku adalah pada saat aku menemui-MU
Amin Ya Rabbalalamin..

By : Datuk Ustaz Kazim Bin Hj Elias

Peraturan

Semua hal mempunyai peraturan..dari kecil hingga lah dewasa kita hidup dalam peraturan..seperti mana di waktu kecil kita dipakaikan lampin pakai buang oleh ibubapa kita , ia juga merupakan satu peraturan..dan apabila peraturan itu tidak diikut, maka perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Seperti mana di fitrahkan kita sebagai manusia kita hidup dengan penuh peraturan..24 jam dalam sehari kita dipenuhi dengan peraturan..apa pun pangkat kita, kita tidak boleh lari dari peraturan.tanpa peraturan , hidup kita tidak teratur..

Peraturan membentuk diri kita supaya lebih berdisiplin..apa-apa pun peraturan yang baik, haruslah diikuti tanpa memberi sebarang alasan..sepertimana solat 5 waktu yaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isya'..mempunyai masa-masa yang tertentu yang harus kita laksanakan tepat pada masanya,, kita boleh datang awal ke kelas, tapi berapa ramai yg boleh solat awal.tepuk dada tanya diri sendiri.

Setinggi mana pangkat kita, seramai mana kawan kita, sejauh mana orang menghormati kita, tapi kita kena ingat, kita adalah hamba Allah..sujudlah selagi engkau berdahi..dan itulah tugas seorang hamba.rasulullah berpesan, kata-kata mu adalah sia-sia selain 3 perkara iaitu berkata untuk mengajak orang untuk berbuat kebaikan, kedua berkata untuk menghalang orang buat jahat dan ketiga mengingati Allah dengan berzikir.

Setakat ini dahulu coretan saya, kata-kata terakhir daripada sy, jaga Allah, maka Allah akan menjagamu. Terima kasih kepada yang sudi membaca.